Rintisan2u
Memaparkan catatan dengan label Panduan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Panduan. Papar semua catatan


Bagaimana Untuk Menggembirakan Hati Yang Sengsara, Sedih dan Kecewa.

Bagaimana Untuk Menggembirakan Hati Yang Sengsara, Sedih dan Kecewa.
Sebenarnya nak menghilangkan rasa sengsara, sedih dan kecewa caranya ada banyak, dan keberkesanannya terpulang pada ketahanan mental Anda, emosi Anda, kesabaran Anda. Tapi saya boleh jamin cara yang saya kongsikan ni, sebelum saya menulisnya, telah diguna oleh kebanyakan orang dan telah ditulis oleh ramai pakar motivasi, penulis buku pembangunan diri dan mereka sendiri telah melakukannya dulu.
Untuk tips motivasi kali ini, saya kongsikan 7 tips asas menggembirakan hati yang sengsara, sedih dan kecewa serta cara untuk berdepan dengan emosi tersebut, saya gabungkan dengan cara saya sendiri. Kita mulakan dengan…
1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit.
Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja Anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak? Kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu.

Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua tu, selupa yang mungkin, kasi kosong abis! Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan Anda, cita-cita Anda, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan.
Anda takkan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tapi lakukan step by step dengan mengalihkan perhatian Anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.
2. Buang Sikap Risau.
Ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah tanpa Anda pinta. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan Anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat Anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri Anda mengawal emosi.

3. Belajar Rajin Bersyukur.
Ucap syukur atas kesemua yang Anda ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana Anda masih ada 5 deria yang lengkap, Anda boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur (dan bukannya bangun terus sakit jantung mahpun sudah berada di ALAM KEDUA), Anda ada kawan rapat yang memahami Anda dan Anda mempunya hanphone kesayangan Anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri Anda. Buat banyak kali dalam sehari.

4. Belajar Menjadi Pemaaf.
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati). Seterusnya, meneutrakan gekombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda Anda.

Ketahuilah, Anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana Anda tak memaafkan kesalahan diri Anda di masa lalu ataupun Anda tak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri Anda satu ketika dulu, ataupun… Anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri Anda, yang membuat Anda sedih, kecewa dan geram tahap dewa..belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ni lalu menarik ketenangan datang pada diri Anda.
5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa.
Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan Anda dan menjadikan Anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri Anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari “funny side” dalam setiap situasi, agar Anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa LAYAN kecewa sedangkan Anda boleh ketawa? Come on…

6. Ubah Fikiran
Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada Anda, cari cara bagaimana Anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya.

Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. Rezeki Anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada Anda. Anda menjadi apa yang Anda selalu fikirkan.
Buat apa fikir yang buruk sedangkan Anda boleh tarik semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, Anda dapat yang buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat. Dalam kata yang lebih advance, itu hukum Law Of Attraction.
7. Hati Mesti ‘Keras’.
Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan Anda di masa lalu.

Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya. Cuba ingat balik kejahatan kecil yang Anda lakukan pada orang lain, mungkin ada walau Anda tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan.
Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya. Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri.
Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk Anda.
Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.
Baca Lagi

Kehidupan Yang Indah


Kehidupan ini sesuatu yang indah jika dapat kita tafsirkan dalam sebuah lukisan yang beranika corak dan warna. Sungguh menarik dari bentuk liku-liku perjalanan yang tidak pernah berhenti. Satu dari padanya ialah bentuk kebahagiaan yang mana termasuk dalam carta dan pola pusingan yang berlainan.

Kehidupan yang indah tidak semestinya kita tinggal di istana. Ada sesetengah orang tinggal di ceruk kampung masih merasakan keindahan itu. Meski pun mereka tinggal di sebalik jeriji besi (penjara) mereka masih boleh melayangkan pengelihatan ke arah matahari yang bersinar untuk membayangan kepanasan hawa matahari itu.

Ini bererti kehidupan yang indah bukanlah semata-mata dari suasana yang mewah tetapi dari hati yang senang, fikiran yang tenang, iman yang kuat dan suasana yang santai. Kehidupan yang baik adalah sesuatu takrifan dari kebahagiaan yang selama lamanya berkekalan, insyallah!

Ada sesetengah orang mempunyai perasaan yang berbeza bila di tanya tentang pandangan mereka terhadap hidup. Masing-masing mengatakan hidup ini indah bila ada ‘uwang’ “bisa belanja apa adanya”....Itu kata salah orang teman saya di Bandung baru-baru ini...

Sambil leka membawa rombongan seramai tiga puluh lima orang melawat sambil berbelanja di Jakarta sempat pula kami melawat kota Semarang, Japara dan Pekalongan.

Di sini saya melihat kehidupan mereka yang berbeza di bandingkan di Malaysia. Ramai penduduknya hidup dalam keadaan aman meski pun ekonomi yang kurang mampan. Kesian tapi itulah kenyataan putaran roda-roda kehidupan mereka.

Saya kagum dengan kesabaran dan kecintaan orang-orang yang berbuat baik kepada manusia lain. Mereka sering membantu meskipun dalam keadaan susah. Bersedia memberi makan dan minum kepada anak-anak yatim dan berkeperluan. Memang indah kehidupan mereka. Sesungguhnya amat mudah berbuat sesuatu yang baik bagi mereka yang dipermudahkan oleh Allah..

Cuba kita perhatikan perjalanan hidup ini, adakalanya waktu pagi kita bergembira pada waktu petang pula kita bersedih. Kadang-kadang juga kesedihan kita hanya kerana bertengkar dengan anak-anak atau kerabat terdekat. Semua ini adalah sikap yang tidak diingini. Kebanyakkan aktiviti yang kita lakukan tidak berdasarkan motivasi dan motif yang baik.

Pun begitu perasaan Ibu-bapa berlainan pula, mereka merasakan kebahagiaan itu bila semua anak-anak mereka pulang. Perasaan itu meresapi setiap pelusuk jiwa kehidupan mereka, keindahan itu meraup setiap suasana, bertapa nikmatnya hidup, makan bersama walau pun sekadar ‘ulam & ikan masin’.

Sesungguhnya kebahagiaan kita terletak pada pemahaman, perhatian untuk mencapai prestasi yang baik untuk sampai ke tujuan dan unggul atas orang lain. Maka berbahagialah orang yang mengetahui harga dirinya, berbahagialah orang yang telah membuat jiwanya bahagia dengan impian yang telah di capai.

Ianya hanya akan didapati melalui penghambaan manusia kepada Tuhan dengan mengingatinya, atas nikmatnya dan mentaati perintahnya sebagai sang penciptanya

Ia adalah di antara hal yang dapat memberikan pengertian kehidupan seseorang. Apa lagi ketika ia mempunyai umur kedua iaitu mampu menjadikan dirinya sebagai kenangan manis.

Ketenangan hanya akan kita diperolehi oleh orang-orang yang beriman dan ketenangan akan menyelamatkan kita dari kebingungan, keraguan dan ketidakpuasan.

Suatu hari Iman Al-Ghazali bertanya dengan murid-muridnya dengan sebuah teka-teki yang berbunyi: “Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?”

Ada yang menjawab : Orang tua, Guru, Teman dan Kaum Kerabat. Imam Ghazali menjawab: “Semua jawapan itu benar, tetapi yang paling dekat dengan kita adalah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati (Surah:Ali-Imran:185)

Soalan kedua Iman Gazali berbunyi begini: “Apakah yang paling jauh dari kita di dunia?” jawapan anak muridnya: Negeri China, Bulan, Matahari dan Bintang. Sekali lagi Imam Ghazali menerangkan jawapannya. “Semua jwapan itu benar akan tetapi MASA LALU adalah jawapan yang paling benar kerana kitatidak akan dapat kembali ke masa itu, Oleh itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran agama.

Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki atau perempuan sedang dia beriman maka sesungguhnya akan kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan kami berikan balasan kepada mereka derngan paha yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan (An-Nahl:97)

Jika kehidupan ini tidak ditimpa kesusahan kita tidak merasakan kebesaran Allah. Sesungguhnya penderitaan kesakitan adalah sebahagian dari kekuasaanya bertapa kerdilnya kita sebagai umat di dunia ini. Bertapa pun tingginya pangkat akhirnya tersungkur juga ke tanah.

“Jika kalian kesakitan maka sesungguhnya mereka juga menderita kesakitan sebagaimana yang kalian rasakan sementara kalian mengharapkan dari Allah sesuatu yang tidak mereka harapkan...”(An-Nisaa:104)
Baca Lagi

Mengingati kiamat bangkit keinsafan


AL-QURAN adalah kitab dan mukjizat paling indah. Keindahannya bukan sekadar untuk diperdengarkan bacaannya tetapi diambil perhatian mengenai peringatan dan ancaman yang dijelaskan dalam ayatnya sebagai menambahkan ketaatan manusia kepada Allah pencipta semesta alam.
Allah berfirman yang bermaksud:
“Apabila matahari digulung dan bintang berjatuhan dan apabila gunung dihancurkan dan unta yang bunting ditinggalkan tidak dipedulikan dan apabila binatang liar dikumpulkan dan lautan dijadikan meluap dan apabila roh dipertemukan dengan tubuh, bayi perempuan dikuburkan hidup-hidup ditanya kerana dosa apakah ia dibunuh, dan apabila catatan amal perbuatan manusia dibuka dan langit dilenyapkan dan apabila api neraka jahim dinyalakan dan syurga didekatkan, maka setiap jiwa akan mengetahui apa yang sudah dikerjakannya, sesungguhnya Aku bersumpah dengan bintang yang beredar dan terbenam demi malam apabila sudah hampir meninggalkan gelap dan demi subuh apabila fajarnya mula menyingsing, sesungguhnya al-Quran itu benar-benar firman Allah yang dibawa oleh utusan mulia yang mempunyai kekuatan, kedudukan tinggi di sisi Allah yang mempunyai arsy ditaati lagi dipercayai.” (Surah at-Takwir, ayat 1-21)
Rasa takut dan cemas terbayang menekan kita. Ketakutan meliputi seluruh alam dan mencemaskan jiwa serta menggoncang dada. Malah, ketakutan mencengkam seluruh bumi dan langit yang digerakkan lagi oleh ketakutan dan digentarkan pula oleh firman-Nya.
Allah berfirman yang bermaksud:
“Apabila terjadi hari khiamat, tidak seorang pun dapat berdusta mengenai kejadiannya. Kejadian itu merendahkan satu golongan dan meninggikan golongan yang lain. Apabila bumi digoncang sedasyatnya dan gunung dihancur luluhkan sehancurnya, maka jadilah debu yang berterbangan.” (Sural al-Waqiah, ayat 1-6)
Pada saat lain, ketakutan itu terlintas dalam bayangan dan bergoncang perasaan. Semua itu sebagai peringatan kepada kita untuk menambah ketaatan dan ketakwaan.
Firman Allah yang bermaksud:
“Hai manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu, sesungguhnya kegoncangan hari kiamat itu adalah suatu kejadian yang besar dan dasyat. Ingatlah pada hari ketika kamu melihat kegoncangan itu, lalailah semua wanita yang menyusui anaknya. Dan gugurlah kandungan semua wanita yang hamil, dan kamu lihat manusia dalam keadaan mabuk, padahal sebenarnya mereka tidak mabuk akan tetapi azab Allah itu sangat kerasnya.” (Surah al-Hajj, ayat 1-2)
Demikian gambaran demi gambaran yang ditampilkan Allah mengenai pemandangan hari kiamat. Sesekali perasaan takut merasuk ke jiwa dan pada saat lain berasakan kemantapan dan ketenangan.
Sesekali terbayang api neraka yang membakar dan sesekali pula hembusan sejuk angin syurga menerpa, lantaran itu pengenalan terhadap alam akhirat menjadi penting dan sempurna sebelum hari yang dijanjikan itu tiba.
Firman Allah yang bermaksud:
“Hari kiamat; apakah hari kiamat itu? Tahukah kamu, apakah hari kiamat itu? Pada hari itu manusia adalah seperti anai-anai yang bertebaran dan gunung-gunung adalah seperti bulu yang dihamburkan.” (Surah al-Qariah, ayat 1-5)
Firman Allah lagi yang bermaksud: “Pada hari ketika manusia lari daripada saudaranya, ibu bapanya, isteri dan anaknya setiap orang daripada mereka pada hari itu mempunyai urusan yang cukup menyibukkan.”
Demikian paparan yang diungkapkan al-Quran mengenai peristiwa yang mengerikan. Ungkapan pemandangan kiamat tentu meresap, membangkit kesedaran dan keinsafan. Betapa hari kiamat senantiasa menjadi perhitungan dalam hidup. Ia begitu lekat dalam hati dan lisan. Lantas kita pun bersungguh-sungguh melaksanakan kewajipan dan ketaatan.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Allah akan melipat petala langit di hari kiamat lalu menggenggam dengan tangan kanan-Nya seraya berkata; Aku Raja segala raja! Di manakah orang yang membesarkan diri? Di manakah orang yang menyombong diri? Kemudian Dia melipat bumi dengan tangan kiri-Nya seraya berkata: Akulah Raja segala Raja! Di manakah orang yang menyombong diri?”
Allah berfirman yang bermaksud:
“Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong kerana sesungguhnya kamu tidak akan dapat menembus bumi dan kamu tidak akan mencapai setinggi gunung.” (Surah al-Isra’, ayat 37)
Kesombongan itu menggelapkan jalan ke syurga, merosak pergaulan, merenggang pertalian, memecah perpaduan. Al-Quran sebagai mukjizat dan penawar selayaknya ditampilkan sebagai panduan, peringatan bukan sekadar bacaan dan nyanyian malah sebagai penyatuan serta keinsafan.
Justeru, al-Quran sebagai mukjizat dan penawar bukan saja untuk dihayati keindahannya, malah memberi petunjuk untuk membina ketaatan, menjadi orang beriman yang membela kebenaran, memelihara diri daripada dosa dan kemurkaan.
Mengingati hari akhirat memberi kesedaran dan keinsafan bahawa penghujung jalan terbentang suatu lagi perjalanan yang masih panjang.
Baca Lagi

Di sebalik dugaan ALLAH...ada hikmah terselindung..



KENAPA AKU DIUJI??"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan
saja mengatakan; "Kami telah beriman,"sedangkan
mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah
menguji org2 yg sebelum mereka maka
sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan
sesungguhnya Diamengetahui org2 yg dusta." (Surah Al-Ankabut ayat 2-3)
KENAPA AKU x DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik
bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,
padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang
kamu tidak mengetahui." (Surah Al-Baqarah ayat 216)
KENAPA UJIAN SEBERAT INI??
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai
dengan kesanggupannya. " (Surah Al-Baqarah ayat 286)


RASA FRUST??
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula
kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling
tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman."
(Surah Al-Imran ayat 139)

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA? ?
"Wahai orang-orang yang beriman!Bersabarlah kamu(menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan
perkara-perkara yang berkebajikan) ,
dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada
kesabaran musuh, dimedan perjuangan), dan bersedialah
(dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan)
serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya,
kamu berjaya (mencapai kemenangan). " (Surah Al-Imran ayat 200)

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan
sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya
sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada
orang-orang yang khusyuk" (Surah Al-Baqarah ayat 45)

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI??
"Sesungguhnya Allah telah membeli drpd org2 mu'min,
diri, harta mereka dengan memberikansyurga utk
mereka... (Surah At-Taubah ayat 111)

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP??
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya.
Hanya kepadaNya aku bertawakkal. " -
(Surah At-Taubah ayat 129)

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!
"...dan jgnlah kamu berputus asa drp rahmat Allah.
Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah"
Baca Lagi

Mengapa Islam Jadi Pilihan??

Islam merupakan manhaj ketuhanan yang diturunkan kepada Nabi Besar Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam supaya diamal dan disampaikan kepada seluruh umat manusia. Ia merupakan pemandu umat ke jalan kebahagiaan dan ia juga merupakan risalah yang terakhir yang diturun oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala kepada manusia sejagat.
Manhaj ini datang dari Allah, sama ada Al-Qur’an yang diwahyukan dengan lafaz dan maknanya mahupun hadith yang diilhamkan maknanya kepada RasuluLlah Sa’lallahu ‘Alaihi Wasallam. Dengan yang demikian ternyata bahawa manhaj ketuhanan ini ialah Al-Qur’anul Karim dan hadith Nabi yang sah. Manhaj ini tentulah berbeza dari apa-apa manhaj dan dasar yang diciptakan oleh manusia dengan sifat-sifat berikut:
Manhaj Allah sahaja yang benar (hak), tidak didatangi sebarang kebathilan. Bahawasanya manhaj ketuhanan itu adalah manhaj yang sempurna yang merangkumi semua aspek kehidupan manusia Sesungguhnya manhaj ketuhanan itu adalah suatu manhaj yang terang, yang senang difahami dan di’amali. Manhaj ketuhanan adalah suatu manhaj yang diturunkan dan diwujudkan untuk seluruh manusia, bukan hanya untuk orang-orang ‘Arab atau Melayu sahaja.
Manhaj ketuhanan ini ialah suatu manhaj yang menjadi penyuluh dan penawar kepada manusia. Sesungguhnya manhaj ketuhanan ini diturunkan kepada Nabi Sallallahu’Alaihi Wasallam untuk disampaikan secara kesemuanya kepada manusia Sunnah Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam adalah merupakan sebahagian yang tidak dapat dipisahkan dari manhaj ketuhanan:
1. Manhaj Allah sahaja yang benar (hak),tidak didatangi sebarang kebathilan. Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala :
Maksudnya: ” Dan apa yang diturunkan kepada kamu daripada Tuhanmu itu sahaja yang haq.” (Ar-Ra’d : 1)
Ini bermakna bahawa manhaj ketuhanan yang terdapat di dalam Al-Qur’an dan hadith nabi itu sahaja-lah manhaj yang benar di mana setiap manusia sama ada dia sebagai seorang biasa atau sebagai pemerintah mestilah menerima dan mengamalkan apa-apa yang terkandung di dalam manhaj itu. Sekiranya mereka tidak menerima dan mengamalkannya mereka adalah sesat dan seterusnya gagal dalam menyelesaikan masalah ummah. Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala :
Maksudnya:
“Apakah orang yang mengetahui bahawa apa-apa yang diturunkan kepada kamu
daripada Tuhan kamu itulah yang sebenar-benarnya sama dengan orang yang buta.”
(Ar-Ra’d: 19)
Dengan perkataan lain, tidak sama orang yang mengetahui kebenaran yang diturunkan kepada Nabi Besar Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dengan orang buta, orang yang tidak mengetahui kebenaran itu Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda :
Maksudnya :
“Aku tinggalkan kepada kamu (wahai umat Islam) dua perkara yang mana kamu tidak sesat selama-lamanya selagi kamu berpegang teguh kepada kedua-duanya itu, iaitu KitabuLlah dan Sunnahku”
(Riwayat lmam Malik)
2. Bahawasanya manhaj ketuhanan itu adalah manhaj yang sempurna yang merangkumi semua aspek kehidupan manusia. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
Maksudnya:
“Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku cukupkan ke atas kamu ni’matKu dan Aku redha bagi kamu Islam itu sebagai agama (dasar) dan pegangan hidupmu.” (Al-Maidah : 3)
Dalam ayat lain Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
Maksudnya:
“Dan telah sempurnalah wahyu Tuhanmu itu dari sudut kebenaran dan ke’adilan, tidak ada penukaran atau gantian kepada wahyu itu. Allah Subhanahu wa Ta’ala itu Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Al-An’aam : 115)
Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala lagi:
Maksudnya:
“Tidak ada sesuatu pun yang Kami abaikan di dalam kitab Al- Qur’an itu.” (Al-An’aam : 38 )
Dari ayat-ayat yang kita baca di atas terbukti bahawa agama Islam itu adalah agama yang lengkap, menyeluruh, mencakupi segala ruang kehidupan manusia.
3. Sesungguhnya manhaj ketuhanan itu adalah suatu manhaj yang terang, yang senang difahami dan di’amali.
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
Maksudnya:
“Begitulah Kami mentafsirkan ayat-ayat Kami bagi kaum yang berfikir.” (Yunus : 24)
Dalam ayat yang lain pula Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
Maksudnya:
“Al- Qur’an itu merupakan suatu kitab yang diterangkan secara terperinci ayat-ayat dan tanda-tanda di dalam bahasa Arab, di mana keteraugan itu adalah untuk kaum yang mengetahui.”(Fushshilat : 3)
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman lagi:
Maksudnya:
“Dan sesungguhnya Kami datangkan kepada mereka itu sebuah kitab yang Kami terangkan secara terperinci berdasar kepada ilmu pengetahuan demi untuk memberi hidayah dan rahmat kepada kaum yang beriman.”
(M-A’raaf: 52)
Dan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:
Maksudnya:
“Begitulah seterusnya Allah Subhanahu wa Ta’ala menerangkan kepada kamu tanda kebesaranNya moga-moga kamu berfikir.”
(A’-Baqarah : 242)
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman lagi:
Maksudnya:
“Dan sesungguhnya Kami turunkan kepada kamu tanda-tanda yang terang dan nyata, hanya orang fasiq sahaja yang ingkar dengan tanda-tanda yang terang itu.”
(Al-Baqarah : 99)
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman lagi:
Maksudnya:
“Dan Kami turunkan ke atas kamu Kitab (Al- Qur’an) untuk menerangkan segala sesuatu dan memberi rahmat serta berita gembira bagi sekelian muslim.”
(An-Nahl : 89)
4. Manhaj ketuhanan adalah suatu manhaj yang diturunkan dan diwujudkan untuk seluruh manusia, bukan hanya untuk orang-orang ‘Arab atau Melayu sahaja. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
Maksudnya:
“Dan tidak Kami utuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan untuk manusia seluruhnya; memberi berita baik (bagi yang ta’at) dan berita yang tidak baik (bagi yang ingkar).” (Saba’: 28 )
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
Maksudnya:
“Katakanlah olehmu (wahai Muhammad): “Wahai manusia ! Sesungguhnya aku ini adalah Rasul (Utusan Allah) kepada kamu semua.”
(Al-A’raaf: 158 )
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:
Maksudnya:
“Aku diberi keistimewaan dan kelebihan dari Nabi-nabi yang lain sebanyak enam perkara. Aku diberi tutur kata yang mempunyai makna yang mendalam dan aku diberi pertolongan dengan sebab rasa gerun musuh semasa dia masih berada di tempat yang jaraknya sebulan berjalan kaki dan dihalalkan kepada aku harta-harta rampasan perang dan dijadikan bumi ini sebagai masjid dan bahan bersuci bagiku dan aku diutuskan kepada makhluq kesemuanya dan dengan aku berakhirlah sekelian Nabi-nabi.”
(Riwayat lima Imam kecuali Abu Dawud)
Dengan ini jelaslah bahawa Islam itu ialah agama bagi seluruh manusia tidak kira apa juga keturunannya, di mana juga mereka berada dan pada zaman mana pula mereka hidup, kerana ianya merupakan agama yang terakhir yang diturunkan oleh Allah Subhanahuwa Ta’ala untuk mereka.
5. Manhaj ketuhanan ini ialah suatu manhaj yang menjadi penyuluh dan penawar kepada manusia.
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
Maksudnya:
“Dan Kami turunkan daripadaAl-Qur’an itu apa-apa yang menjadi penawar dan rahmat kepada sekelian mumin.”
(Al-Isra’: 82)
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
Maksudnya:
“Katakanlah olehmu (wahai Muhammad): “Al- Qur’an itu menjadi petunjuk dan penawar kepada orang yang beriman.”
(Fushshilat: 44)
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman lagi:
Maksudnya:
“Maka berimanlah kamu kepadaAllah dan Rasul-Nya dan kepada cahaya yang Kami turunkan.”
(At-Taghaabun : 8 )
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman lagi:
Maksudnya:
“Wahai manusia ! Sesungguhnya telah datang kepada kamu tanda-tanda dan Tuhan kamu dan Kami turunkan kepada kamu cahaya yang terang benderang.”
(An-Nisaa’: 174)
Dari ayat-ayat di atas nyatalah kepada kita bahawa Islam sebagai manhaj ketuhanan adalah diwujud-kan untuk menjadi penyuluh dan penawar kepada seluruh manusia dan tidak sekali-kali untuk memecah-belahkan masyarakat, apa lagi untuk memporak-peranda dan menghuru-harakan masyarakat.
6. Sesungguhnya manhaj ketuhanan ini diturunkan kepada Nabi Sallallahu’Alaihi Wasallam untuk disampaikan secara kesemuanya kepada manusia. Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:
Maksudnya:
“Wahai Rasul ! Sampaikanlah apa-apa yang diturunkan kepada kamu daripada Tuhan kamu. Jika tidak kamu lakukan, maka tidakah kamu menyampaikan risalah-Nya”
(Al-Maidah : 67)
Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala lagi:
Maksudnya:
“Dan Kami turunkan kepada kamu peringatan (Al Qur’an) supaya kamu menerangkan kepada manusia apa yang diturunkan kepada mereka”
(An-Nahl : 44)
Di sini ternyata Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam diminta supaya menyampaikan keseluruhan risalah Islam dan menerangkannya kepada manusia. Malah dituntuti supaya Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam melaksanakan segala hukum-hakam ke atas masyarakat manusia. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
Maksudnya:
“Dan Kami turunkan kepada kamu (wahai Muhammad) Kitab Al- Qur’an itu dengan sebenarnya untuk kamu memerintah (memimpin) manusia dengan apa yang diperlihatkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala kepada kamu.”
(An-Nisaa’: 105)
Di dalam ayat yang lain pula Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
Maksudnya:
“Dan hendaklah kamu menghukum (memerintah) di kalangan mereka itu dengan apa yang diturunkan oleh ALlah Subhanahu wa Ta’ala kepada kamu dan janganlah kamu mengikut hawa nafsu mereka itu.”
(Al-Maidah 49)
Ternyata bahawa Al-Qur’an itu diturunkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala untuk dijadikan dasar hidup dan asas kepada pemerintahan negara.
7. Sunnah Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam adalah merupakan sebahagian yang tidak dapat dipisahkan dari manhaj ketuhanan. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
Maksudnya:
“Sesiapa yang menta’ati Rasul, maka dia telah menta’ati Allah Subhanahu wa Ta’ala.”
(An-Nisaa’: 80)
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman lagi:
Maksudnya:
“Dan ta’atlah kamu kepada Allah dan ta’atlah kamu kepada Rasul dan awas (berjaga-jagalah) kamu. Sesungguhnya jika sekiranya kamu berpaling tadah, maka ketahuilah bahawa tugas Rasul Kami adalak memberi penyampaian yang terang.”
(Al-Maidah : 92)
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman lagi:
Maksudnya:
“Katakanlah olehmu (wahai Muhammad): “Taatlah kamu kepada Allah dan kepada Rasul. Jika sekiranya kamu berpaling tadah, maka sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta’ala tidak suka kepada orang-orang kafir.” (Al ‘Imran : 32)
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman lagi:
Maksudnya:
“Dan apa-apa yang dibawakan kepada kamu oleh Rasul hendaklah kamu menerimanya dan apa yang dilarang akan kamu oleh Rasul maka hendaklah kamu tinggalkannya.”
(Al-Hasyr: 7)
RasuluLlah Sallallahu ‘Alaihi Wasallain bersabda:
Maksudnya:
“Setiap umatku akan masuk syurga kecuali orang yang enggan. Mereka bertanya:
“Siapakah yang enggan itu ya Rasulullah? ” Lantas RasuluLlah bersabda:
“Siapa yang ta’at kepada aku masuk syurga dan siapa yang derhaka adalah dia orang yang ingkar (enggan).”
(Riwayat Bukhari)
Di dalam hadith yang lain pula RasuluLlah Sallallahu ‘AlaIlii Wasallam bersabda:
Maksudnya:
“Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan yang tidak berasas kepada Sunnahku maka amalan itu ditolak (tidak diterima oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala).”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Ternyata bahawa dari apa yang disebut di atas, Al-Qur’an dan As-Sunnah merupakan manhaj ketuhanan yang tidak dapat ditinggalkan oleh umat manusia. Al-Qur’an merupakan asas kepada segala-galanya manakala As- Sunnah pula menambah atau menerangkan sesuatu yang tidak jelas di dalam Al-Qur’an itu. Kadang-kadang As-Sunnah membentangkan beberapa penerangan secara terperinci berhubung dengan perniagaan, pertanian, politik, pemerintahan, perundangan dan perkara perkara lain di dalam lapangan kehidupan manusia. Oleh kerana itu sekali lagi ditegaskan bahawa Al-Qur’an dan As Sunnah merupakan dasar kepada kehidupan manusia sama ada dibidang politik, ekonomi, perundangan, per’ibadatan, rumahtangga, budi pekerti dan lain-lain aspek kehidupan.
Justeru itu segala perkara yang tidak berasaskan kepada Al-Qur’an dan As- Sunnah adalah dikira-kan suatu dasar yang bathil, yang ditolak oleh ALlah Subhanahu wa Ta’ala dan ditolak oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Seterusnya semua harakah, pergerakan dan parti politik yang tidak berdasarkan kepada Al-Qur’an dan As-Sunnah serta tidak berusaha ke arah melaksanakan apa-apa yang terkandung di dalam Al-Qur’an dan As-Sunnah Nabi Saliallahu ‘Alaihi Wasallam adalah pergerakan yang bathil dan ditolak oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala dan RasulNya.

Baca Lagi

Kenangkanlah Saat Berpisah


Bangkitku dari lena pagi ini seperti hari-hari yang berlalu. Masih diizinkan Ar Rahiim untukku menghirup secangkir kehidupan. Menghirup nikmat-nikmat Allah yang tak terhitung banyaknya menguji iman di hati adakah bersyukur atau alpa. Pintu hari dikuak dan sehari lagi kita mendekati saat kematian yang telah ditentukan itu. Peliknya, hati seakan-akan lupa hakikat itu dek kesibukan duniawi yang melalaikan kita dari mengingati suatu kematian yang pasti.
Mati seolah-olah “mati” dalam hidup kita. Saban hari orang bersengketa – tentang itu dan ini, berebut kuasa, mengecam dan mendabik dada. Harta, kuasa, nama dan populariti jadi hijab yang menghilangkan bayang-bayang mati yang mengikut kemana sahaja manusia pergi. Cinta dunia melenyapkan hakikat adanya sebuah kehidupan yang abadi.
Kita tidak tergamak, bermusuhan sesama saudara, sesama sahabat dan sesama Islam kalau kita kita ingatkan mati. Kita tidak akan berdendam, marah, memfitnah dan melakukan pelbagai penganiayaan jika sedar kita sendiri akan menghadap Allah yang mengetahui tentang kita segala dan semuanya. Baik, mulia, agung dan hebat sangatkah kita?
Wahai diriku dan saudara-saudariku, mari kita kenangkan saat berpisah yang pasti menjengah. Kenangkanlah saat yang dibimbangkan oleh orang-orang yang soleh itu. Hayati apa yang ditangisi oleh Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali RA itu. Mereka mengikut jejak kekasih mereka Rasulullah SAW yang sentiasa mengingati mati. Itulah sumbu bagi pelita kehidupan mereka. Tanpa ingat mati, apalah guna hidup ini…
Hari ini, urut dadamu, pejamkan matamu… istirehat seketika dan katakan: “Wahai diri, aku akan mati”! Kemudian bukalah mata, dan sematkan di hati bahawa segala ujian hidup ini adalah kecil dan sedikit berbanding apa yang akan dihadapi nanti. InsyaAllah, akan lapanglah hati… dan mulut mampu tersenyum dengan segala cabaran yang mendatang. Masakan orang yang melihat singa berhampirannya masih merungut tentang seekor semut yang menggigit kakinya?


Begitulah diriku dan saudara-saudariku, keyakinan kepada kehidupan akhirat akan memberi kekuatan dalam menghadapi kehidupan di dunia. Kenangkanlah saat berpisah kerana…
Saat perpisahan itu pasti tiba. Dan tidak ada masa yang sesuai untuk saat itu. Jika datangnya kita tidak diminta, maka perginya tidak diduga. Bila sanggup hidup, mesti sanggup mati. Bila sanggup datang, mesti sanggup pulang. Kita hanya menghabisi bilah-bilah hari yang telah ditentukan. Tujuan ke sini untuk diuji… tiba masanya pasti kembali!Mengapa terlalu enggan untuk berpisah? Nikmat sangatkah dunia ini?
Padahal senang dan susah bertukar ganti, suka dan duka datang dan pergi. Tidak ada yang kekal lama, semuanya bersifat sementara. Jika mati tidak memisahkan, kesenangan ini pun akan pergi jua. Kata mereka yang arif tentang kehidupan:

“Manusia lahir bersama tangisan, dicelahi kehidupannya oleh tangisan dan akan dihantar ke pusara oleh tangisan.”

Pernahkah ada kesenangan yang abadi dan hakiki? Tidak ada. Justeru, hiduplah berpada-pada. Hiduplah bagai musafir lalu yang singgah bagaikan dagang di rantau orang. Hatinya tetap merindui kampung halaman. Hiduplah bagai orang yang sedang menyeberangi satu jambatan. Tidak sudi berlama-lama kerana di situ hanya sementara. Kakinya melangkah kencang justeru jiwanya sudah di seberang.
Hidup mesti sederhana kerana dunia ini sementara. Sederhana itu bukan pada ringgit dan harta tetapi pada jiwa dan rasa. Jangan terlalu gembira, jangan terlalu berdukacita. Tidak ada kesenangan yang tidak diiringi kesukaran dan tidak ada kesukaran yang tidak diiringi kesenangan. Selepas ketawa, pasti menyusul air mata. Selepas nestapa pasti kegembiraan menjelma. Allah memberikan kita terang… untuk bersyukur. Allah berikan kita gelap… untuk bersabar.
Jadilah insan lara yang temannya mujahadah dan taubat. Sentiasalah berusaha menjadi insan yang baik walaupun masih digamit oleh ghairah kejahatan dan dosa. Jatuh, bangun kembali. Jatuh, bangun lagi. Ukirlah seribu taubat walaupun telah berkali-kali ia dimungkiri. Allah tidak akan jemu taubat hamba-Nya selagi kita tidak putus asa kepada-Nya. Tempuhi jalan mujahadah sekalipun langkahmu pernah goyah. Jangan mengalah. Kau tidak akan kalah selagi tidak mengalah.
Luruskan jalan menuju Tuhan dengan tulusnya hati sesama insan. Elakkan hasad, jauhi mengumpat. Jika tidak mampu menambah, jangan mengurang. Jika tidak mampu menjulang, jangan menghalang. Ingat selalu kata hukama:

“Jika tidak mampu menjadi garam yang memasinkan ikan, jangan jadi lalat yang membusukkannya.”

Jika tidak dapat mengucapkan perkataan yang baik, banyakkan diam. Jika memberi nasihat dirasakan terlalu berat, cukuplah dengan menghulurkan doa dan munajat. Setiap kita mempunyai kelebihan. Kata orang, Tuhan tidak mencipta manusia bodoh… Tuhan mencipta manusia dengan kebijaksanaan berbeza. Justeru, carilah apakah “kebijaksanaan” itu kerana itulah saluran kita untuk berbakti.
Ketika rasa takut singgah oleh kebimbangan dijemput maut… katalah pada diri, bila berdepan dengannya kita akan lupa segala-galanya. Kesayangan yang kita takutkan kehilangannya, kecintaan yang kita bimbangkan perpisahan dengannya, akan menjadi sedebu bila berdepan dengan detik itu. Kita akan terlupa akan jalan yang telah jauh kita tinggalkan di belakang kerana memandangkan jalan yang lebih jauh merentang di hadapan. Ingatlah, kata-kata ini:

“In life, what sometimes appears to be the end is really a new begining.”


Sesungguhnya mati itu bukan satu pengakhiran tetapi satu permulaan kepada satu kehidupan yang lebih sejati dan hakiki. Mati itu hanya proses perpindahan – dari alam dunia ke alam barzakh. Sama seperti kelahiran – proses berpindah dari alam rahim ke alam dunia.

Ya, kalau sanggup datang. Mesti sanggup pulang. Hati sewajarnya sentiasa merasa bertemu tak jemu, berpisah tak gelisah. Bukankah kita bertemu untuk berpisah? Dan berpisah untuk bertemu? Semoga kembara kita di dunia akan tiba bersama di hujung destinasinya… syurga!
Amin.
Baca Lagi

Kenangan, Hidup, Cinta Dan Kehendak


Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah,
tetapi ia terlalu manis untuk dikenang.
Hidup tak selalunya indah
tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.
Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan,
lebih baik cinta itu tak pernah hadir...
Jangan disalahkan cinta yang hadir kerana ia anugerah..
Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir...
cinta sesama makhluk cinta sementara..
cinta pada allah cinta hakiki..
Masa depan yang cerah
berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.
Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya. ..
Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa...
moga akan kembali ceria kehidupannya nanti...

Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati
yang kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri.
Perkara utama harus kita fikirkan ialah
menerima atau membuat sesuatu dengan baik berlandaskan kenyataan.
wajib kita menerima iradah allah
melebihi dari kehendak manausia
........................
Kerana Mereka aku Hidup
KeranaNYA aku bernyawa
Kerana impian aku gagahkan diri
Kerana prinsip aku bertekad
Kerana mimpi aku gembira
Baca Lagi

Rintisan2u

Rintisan2u