Rintisan2u

01 Januari 2011

Kenapa manusia diciptakan??

بسم الله الرحمن الرحيم





Salamun 'alaik..


Segala puji bagi Allah s.w.t tuhan yang mentadbir seluruh alam dan selawat dan salam ke atas nabi junjngan Muhammad s.a.w...

Kenapa saya diciptakan?? Kenapa anda diciptakan?? Kenapa manusia diciptakan??
Apa tujuan manusia diciptakan??

Inilah yang menjadi persoalan di hati...hati yang ingin memahami makna sebenar tujuan manusia diciptakan.


Antara tujuan manusia diciptakan di muka bumi adalah bertujuan untuk mengabdikan diri kepada Allah s.w.t . Ini dapat dibuktikan dengan firman Allah s.w.t didalam Al-quran:

firmanNya:
"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.(az-Zariyat: 56)"


merujuk kepada ayat ini, kita semestinya sedar bahawa hakikat yang sangat besar tentang kewujudan manusia tidak lain tidak bukan ialah mengabdikan diri kepada Allah s.w.t semata-mata.


Dalam hadis qudsi Allah s.w.t berfiman:

"Wahai hamba-Ku! Aku tidak ciptakan kamu untuk mengubati kesunyian-Ku. Bukan untuk meramai-ramaikan kamu. Bukan untuk meminta pertolongan kamu bagi melakukan sesuatu yang tidak mampu Aku lakukannya sendiri. Bukan unruk meraih apa-apa keuntungan atau menolak kemudaratan. Aku menciptakan kamu hanya supaya kamu lama beribadah dan banyak berzikir kepada-Ku, dan bertasbih kepada-Ku pagi dan petang."


Jadi, apa yang dapat rungkaikan melalui kedua-dua firman Allah s.w.t ini ialah kita diciptakan, dihidupkan di muka bumi yang fana ini bertujuan untuk mengabdikan diri kepada Allah s.w.t secara total atau menyeluruh dengan mencakupi seluruh aspek dan gerak kerja dalam kehidupan. Ini bermakna setiap perlakuan, pekerjaan yang dilakukan, sukan yang kita ceburi hendaklah disandarkan dengan niat untuk beribadah kepada Allah s.w.t .


Beribadah kepada Allah s.w.t merupakan hakikat fitrah seorang manusia yang diciptakan. Allah s.w.t telah mengambil perjanjian dengan manusia yang dicatatkan dengan pena qudrat-Nya dalam fitrah manusia.

firman-Nya:

“Bukankah Aku telah mengambil perjanjian (perintahkan) kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu!

“Dan (Aku perintahkan): hendaklah kamu menyembahKu; inilah jalan yang lurus.
(ya sin:60-61)


Ini bermakna setiap manusia telah berjanji dengan Allah s.w.t untuk beribadah kepada-Nya. Oleh itu, bilamana manusia itu lalai daripada melakukan hak terhadap janjinya kepada Allah s.w.t, dia telah menempah kemurkaan Allah s.w.t . Maka manusia seperti ini tidak akan terlepas daripada menerima balasan Allah s.w.t di akhirat kelak.

firman Allah s.w.t:
" Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau yang sewajibnya), Dengan sebab ia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya. (Ingatlah) sesungguhnya kepada Tuhanmulah tempat kembali (untuk menerima balasan). (Al- 'Alaq: 6-8)."

0 ulasan:

Catat Ulasan


Rintisan2u

Rintisan2u