Rintisan2u

01 Januari 2011

Keyakinan Diri




Pengertian Keyakinan

Keyakinan ialah kepercayaan yang tidak berbelah bagi. Keyakinan diri pula ialah kepercayaan bahawa dirinya boleh mengendalikan kehidupannya dengan baik serta segala cabaran yang dihadapi dengan jayanya.

Artikel Motivasi Meningkatkan Keyakinan Diri : Keyakinan Diri Asas Kecemerlangan dan Kejayaan Diri Artikel Motivasi Meningkatkan Keyakinan Diri : Keyakinan Diri Asas Kecemerlangan dan Kejayaan Diri
Artikel Motivasi Meningkatkan Keyakinan Diri : Keyakinan Diri Asas Kecemerlangan dan Kejayaan Diri
Kepentingan Membina Keyakinan Diri
Kebolehan anda mengatasi segala halangan dalam hidup untuk mencapai kejayaan, banyak dipengaruhi oleh keyakinan diri anda. Ini bermakna lebih yakin anda terhadap diri anda serta masa hadapan anda, lebih terbukalah kejayaan untuk anda.
Jenis-Jenis Keyakinan
Pada hemat saya, terdapat 4 jenis keyakinan utama yang perlu kita miliki:
  • Keyakinan diri terhadap Tuhan dan KeesaanNya
  • Keyakinan terhadap diri sendiri
  • Keyakinan diri sendiri terhadap orang lain
  • Keyakinan orang lain terhadap diri sendiri
Punca-Punca Utama Ketidakyakinan Diri
  • Tidak mempunyai matlamat yang jelas dalam hidup atau hala tuju yang tidak menentu / tidak jelas
  • Tidak mempunyai prinsip hidup yang mantap
  • Kurang pengetahuan, pengalaman dan pendedahan
  • Kurang kemahiran dan persediaan
  • Suka bergaul dengan orang-orang yang berfikiran negatif atau dilahirkan di kalangan orang-orang yang pesimis
  • Kemiskinan akibat kurangnya idea serta Sains Kejayaan Hidup
  • Berpenyakit kronik atau badan kerap kurang sihat / cergas
Petanda-Petanda Orang yang Kurang Keyakinan Diri


  • Kurang senyum
  • Risau dan kelihatan risau
  • Gugup dan kelihatan gugup
  • Kurang berinteraksi
  • Malas bekerja atau berusaha
  • Cincai dan kelihatan selekeh
  • Suka meminta-minta
  • Mudah putus asa
  • Suka gossip dan mengumpat
  • Defensif dan cepat marah
  • Mudah atau suka berbohong


  • "Apabila sesuatu bangsa tidak mempunyai kepercayaan kepada diri sendiri, maka sudah tentu bangsa itu akan kekal dalam kehinaan."Renung2 kan la...

    0 ulasan:

    Catat Ulasan


    Rintisan2u

    Rintisan2u