Nilai Sebuah Kegagalan
Bagi kebanyakan orang kegagalan adalah sesuatu yg buruk bagi mereka. Adakah benar begitu? Untuk fikiran yang singkat, hal itu memang betul. Namun apabila kita memikirkannya lebih dalam lagi, kegagalan tidak selamanya merupakan bencana. Boleh jadi, dengan kegagalan Tuhan mengingatkan kita bahawa hati kita belum cukup untuk menerima dugaannya malah tidak redho akan dugaannya.Kita seharusnya bersyukur padaNya kerana setiap ujian dan dugaannya ada hikmah disebaliknya. Sebenarnya Tuhan ingin menunjukkan kepada kita bahawa masih banyak hal yang harus kita pelajari, bak kata pepatah "Ilmu yang kita miliki umpama Setitik air dilautan" maka banyak lagi yang kita harus pelajari dalam kehidupan ini. Kita merasakan yang kita nie bijak padahal kemampuan yang kita ada masih sempit.
Seperti yang pernah dikatakan oleh seorang ahli pengkaji dari Amerika bahawa ‘orang bodoh dengan duit yang banyak adalah suatu fenomena yang sangat menarik’. Apakah yang akan terjadi bila orang bodoh tiba-tiba mendapatkan duit yang banyak? Jelas, dia akan menghabiskannya tanpa pengiraan hanya untuk barang-barang konsumtif dan kembali mengalami masalah kewangan kerana kemungkinan besar barang-barang konsumtif tersebut akan dia beli dengan cara kredit. Apakah dia layak disebut orang kaya? Jelas tidak, orang yang betul-betul kaya tahu betul apa yang akan dia perbuat dengan duitnya dan akan mengembangkannya lebih banyak lagi.
0 ulasan:
Catat Ulasan