Mencari pesaing yang HEBAT sebagai PESAING kita
“Idola ku adalah pesaing ku..”
Siapakah idola anda? ..
Mesti orang
yang hebatkan..
Apa kelebihan dia? ..
Mungkin itu kelebihan dia,
yang selebihnya anda..
Kenapa anda menyanjungi dia?
..
Oh..sebab anda menghormati
kelebihan dia..mungkin dia juga menghormati kelebihan anda..Sebab dia tahu apa
yang anda tidak tahu tetapi dia tidak tahu apa yang anda tahu..
Setiap manusia ada kelebihan
dan ada kekurangannya tersendiri, walaupun rambut sama hitam namun kelebihan
berbeza - beza. Jadi buat apa anda bersaing dengan orang yang sama dan tidak
mencabar? Bersainglah dengan idola anda..barulah idola itu adalah diri anda!
Keinginan untuk mencuba
sesuatu yang baru terutama yang mendatangkan keuntungan memang di kejar manusia
tetapi malangnya individu itu sendiri mempunyai sikap tidak berani dan
malu.Kalaulah begini rupa sikap kita, bagaimana hendak menuju kejayaan?
Sedangkan dalam perjalanan pun malu bertanya..ingatlah “Malu bertanya sesat
jalan” kalau dah sesat jalan usah mimpikan kejayaan.
Sepatutnya perasaan takut dan
malu itu tidak ada, kerana apa yang kita lakukan adalah cabaran buat diri kita
demi mengubah kehidupan yang lebih baik. Ingat, orang hanya mengingati apa yang
kita buat dan bukan apa yang kita inginkan bak kata pepatah “harimau mati meninggalkan belang, manusia
mati meninggalkan nama”.
Oleh itu anda harus tahu yang
idola itu adalah diri anda sendiri.
0 ulasan:
Catat Ulasan