Kajian Psikologi Tidak Sama
Semoga hidup kita hari ini lebih baik dari semalam. Hidup ini perlu dicanang demikian rupa.Kalau tidak,kita memang rasa malas je.Rugi orang yang malas nie sebab orang malas pasti rugi,orang rajin pasti untung.
Perubahan moden tidak semestinya mapu mengatasi semua masalah kesihatan manusia. Sebelum timbulnya perubatan moden, manusia memang bergantung sepenuhnya pada perubatan tradisional. Sekarang masyarakat turut kembali beralih pada perubatan herba.Itu menunjukan bukan semua penyakit ada jawapannya pada pengamal-pengamal perubatan moden.Yang tradisional pun penting tetap penting.
Kita selalu dengar doktor perubatan menyerah kalah, tak mampu kesan satu-satu penyakit tapi dapat diatasi oleh seorang pengamal ubat di sebuah kampung yang tak ada spm pun.
Jadi, kaedah perubatan adalah tersendiri.Tak sama.Takkan sama kaedah pengubatan seorang tabib dengan singse, tapi kedua-duanya ahli perubatan.Dan kalau kita nak bandingkan doktor perubatan dengan tok bomoh pulak memang jauh berbeza.Tapi masing-masing ada kepakaran sendiri.
Macam tu juga, pakar psikologi mengubat pesakit mental tak sama dengan doktor perubatan.Pakar psikologi gunakan pendekatan psikologi sedangkan doktor gunakan kaedah ubat-ubatan.
Jadi, seorang doktor perubatan mungkin ada pendapat yang berbeza tentang masalah tidur berdengkur, misalnya. Bagi doktor perubatan, ia adalah satu penyakit, kesihatan tak begitu sempurna.Tapi bagi seorang pakar psikologi, tidur berdengkur adalah bukti tidur yang nyenyak dan berkualiti. Sebab kalau dikatakan tidur berdengkur tu tak sihat, habis bayi-bayi kecik berdengkur tu apa hal? Berapa ramai orang tidur berdengkur, apakah mereka semuanya tak sihat, ada masalah kesihatan?
Penyakit ni kalau kita cari memang banyak dan macam-macam. Tapi pakar psikologi tak cari penyakit dan tak anggap sesuatu tu penyakit pun kadang-kadang.Guna kaedah mental penyakit yang mula nak tumbuh tak jadi, kalau tumbuh pun sembuh secara sendiri.Bukan semua ubat boleh menyelesaikan masalah badan, banyak ubat yang lebih bersifat racun kalau diambil berlebihan. Macam dadah juga, ia ubat kalau digunakan cara yang betul dalam kuantiti yang betul, tapi jadi racun kalau digunakan secara berlebihan dan salah pula.
Oleh itu, janganlah keliru bila seolah-olah ada pertentangan pendapat antara pakar psikologi dengan doktor perubatan, sebab latar belakang masing-masing tak sama. Masing-masing perlu hormat kaedah masing-masing.
Sekarang pun kerajaan mula nak iktiraf kaedah perubatan alternatif hingga dibolehkan golongan ini berada di hospital-hospital kerajaan supaya masyarakat boleh buat pilihan. Sebab memang kerajaan pun tahu, setengah penyakit, perubatan moden tak mampu buat apa-apa.
Hah....kalau begitu kan bagus bekerjasama, saling menghormati pandangan. Macam juga seorang motivator dapat menanamkan semangat dalam diri seseorang, kerja tu pun boleh dibuat oleh ustaz.
Kadang-kadang cikgu tak mampu mengajar dah, tapi peranan ibubapa jadikan seorang tu betol fokusnya. Kadang-kadang ibubapa dah tak boleh buat apa dah, tapi cikgu boleh. Hidup perlu macam itulah... saling memahami, untuk jadi insan berguna.
"Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai dan Perbaiki diri anda, tetapi jangan jatuhkan orang lain."
1 ulasan:
thanks.. saya sangat berminat ngan post ini..
5 Mac 2011 pada 10:02 PTGdoakn bakal dr.psikiatri ye!
Catat Ulasan