Mengenali Potensi Diri
POTENSI DIRI?? Kadang-kadang tu kita sering tertanya-tanya, mengapa kita masih belum dapat berubah ke tahap yang membanggakan walaupun sudah lama melakukan sesuatu usaha. Sebaliknya orang lain yang melakukan perkara yang sama kita lakukan malah baru saja bermula, boleh dengan begitu mudah mencapai hasil yang besar.
Jika dilihat pada tindakan, ia telah betul dan Ok. Namun mengapa keadaan masih di takuk yang lama?
Mungkin salah satu sebabnya adalah tersalah melakukan usaha yang kurang serasi dengan diri. Bidangnya telah betul, tapi jalan yang dilalui adalah kurang tepat. Atau usaha telah betul, tapi bidang yang diceburi pula adalah kurang serasi. Umpana kekuatan pada kaki, tapi yang digunakan adalah suara. (Sepatutnya jadi pemain bola sepak, tapi mahu jadi penyanyi).
Maka sebab itu amat penting kita mengenali potensi diri kita, bakat kita dan juga kekuatan kita dan kita juga harus menitik beratkan usaha pembaikan kekurangan dan kelemahan yang ada pada diri.Yang paling penting adalah fokuskan kepada usaha mengasah potensi dan kekuatan yang ada pada diri.
Kekurangan amat mustahil dapat diperbaiki sepenuhnya tetapi kekuatan jika diasah, ia lebih bermanfaat malah ia dapat menutup kekurangan diri yang ada. Bagi para ibu bapa, usahalah memenuhi potensi anak-anak selain semata-mata mahu mereka memperbaiki kekurangan diri. Saya rasa, salah satu sebab mengapa anak-anak muda mengalami konflik diri dan sukar berubah kerana potensi mereka diabaikan, sebaliknya ibu bapa hanya mahu kekurangan mereka diperbaiki.
Bagaimana pula dengan anda? Masih tertanya-tanya mengapa usaha anda tidak mendatangkan hasil yang setimpal? Hanya ada dua sebab yang mungkin menjadi punca usaha kurang berhasil:
1. Anda sudah melakukan perkara yang betul, tapi tidak melakukan dengan cara yang tepat dan berkesan.
2. Anda sudah melakukan dengan betul, tapi anda tidak melakukan perkara yang serasi dengan potensi dalaman.
Mengenali Potensi (kelebihan & kekurangan) Diri menjadi asas kepada usaha merubah perkara - perkara yang lain.
13. | KEJAYAAN |
12. | USAHA |
11. | TINDAKAN |
10. | PERANCANGAN |
9. | MATLAMAT |
8. | MOTIVASI/PERUBAHAN |
7. | (SIKAP) |
6. | PERASAAN |
5. | KEPERCAYAAN |
4. | PEMIKIRAN |
3. | IMAGINASI |
2. | JANJI DIRI |
1. | POTENSI DIRI |
Begitu banyak kaedah untuk berjaya, tapi sebelum mendalami dan melakukan cara-cara itu, cubalah untuk menggali dan mengenalpasti potensi diri kita dahulu. Setelah kenal diri sendiri, barulah merancang strategi dan hala tuju untuk mencapai kejayaan.
Tidak guna melakukan cara yang berteknologi tinggi (banyak produk mahal sekarang) atau yang terhebat kerana itu semua tidak membawa kita ke jalan yang betul. Seolah-olah memandu kereta termahal tetapi ia akhirnya terhumban ke dalam gaung iaitu tidak membawa diri kita ke jalan yang sepatutnya (jalan yang serasi dengan diri).
Sebaliknya jika kita kenali potensi diri dan menggunakan alat-alat itu untuk ‘memandu’kan potensi kita itu ke arah jalan (usaha) yang serasi dengan kekuatan dalaman, sudah pasti kita akan sampai ke puncak kejayaan.
Cuba tanya diri anda, adakah anda suka dan menyintai sepenuhnya kerja yang dilakukan sekarang? Jika setiap kali melangkah ke tempat kerja hati anda tidak begitu seronok, malah melakukan kerja sambil lewa, itu mungkin satu petanda kerja itu kurang serasi dengan anda.
Cuba lihat mereka yang aman damai dan gembira hidupnya walaupun duit tidaklah sebanyak mana pun, mengapa begitu? Salah satu sebabnya adalah mereka lakukan apa yang mereka suka dan bukan menjadikan duit sebagai sasaran utama.
Seperti mana kata-kata Tiger Woods, pemain golf:
I get to play golf for a living. What more can you ask for – getting paid for doing what you love.
Don’t force your kids into sports. I never was. To this day, my dad has never asked me to go play golf. I ask him. It’s the child’s desire to play that matters, not the parent’s desire to have the child play. Fun. Keep it fun.
I want to be what I’ve always wanted to be: dominant.
I’m addicted. I’m addicted to golf.Sesuai VS Serasi
Kata Dr. Rusly dalam salah satu bukunya, sesuai itu tidak semestinya serasi. Ia mempunyai maksud yang berbeza. Apa saja kerja memang sesuai dengan kita. Tapi serasi adalah lebih daripada itu di mana sesuatu kerja atau usaha bukan hanya sesuai, malah sebati dan ada ‘hubungan’ terus dengan hati dan spiritual.
Contoh mudah, katakan saya ada ijazah dalam bidang komputer dan perisian. Maka saya sesuai jadi programmer atau system analyst atau project manager atau pegawai sistem maklumat. Tapi adakah kerja-kerja itu serasi dengan saya? Mungkin tidak.
Kesimpulan
Setiap manusia itu dijadikan dengan begitu unik dan tersendiri dengan setiap orang mempunyai potensi dan kekuatan dalaman yang tersendiri. Galilah dan kenalilah ‘diri’ anda yang sebenar. Utamakan potensi dan jangan terlalu mahu memperbaiki kekurangan sehingga terabai kekuatan yang ada.
Jika potensi dalaman diasah, dilatih, dididik dan digunakan secara optimum, anda dapat bayangkan apa yang akan terjadi kepada diri anda. Ya, diri anda akan menjadi hebat dan kejayaan akan diraih.
Alangkah bagusnya jika setiap orang melakukan sesuatu yang sesuai dengan dirinya. Satu bangsa yang setiap posisi diisi oleh mereka yang serasi dan mempunyai ‘kekuatan’ untuk ruang tersebut. Hasilnya, negara dan umat kita akan mempunyai kekuatan yang lebih maksimum dan hebat.
Umpama sebuah pasukan bola sepak, setiap posisi diisi oleh pemain yang memang sesuai untuk memenuhi posisi tersebut, maka mereka amat sukar untuk dikalahkan. Sebaliknya, apakah yang akan terjadi jika si penyerang dijadikan penjaga gol dan penjaga gol pula diletakkan di posisi penyerang? Sudah pasti pasukan itu amat mudah untuk dikalahkan.
Potensi diri + Usaha yang betul = KEJAYAAN
Anda boleh berubah sekiranya anda mahu dan bersedia untuk berubah. Ramai yang mahu berubah tetapi tidak bersedia kerana tidak tahu caranya.
Kenali potensi anda, letakkan di jalan yang betul dan berusahalah dengan cara yang berkesan, insyaAllah kejayaan pasti akan dapat dicapai.
0 ulasan:
Catat Ulasan