3 LANGKAH RAHSIA KEJAYAAN
“ Ada tiga langkah penting golongan yang mencapai puncak kejayaan. Anda
juga berupaya untuk memupuknya demi kejayaan anda sendiri”...
Manusia mana yang
tidak punya keinginan untuk berjaya dalam kehidupan meraka kecuali yang tidak
waras lagi untuk berfikir tentang kejayaan dalam kehidupannya. Jika ditanya
pada anak kecil sekalipun mereka juga punya impian untuk berjaya.
Setiap manusia
mampu untuk mengecapi kejayaan mereka sebagai satu kenyataan cuma mahu atau
tidak itu saja. Mencipta keinginan untuk berjaya tidak susah yang susahnya
ialah tindakan untuk kita melahirkan kejayaan yang dicipta.
Jika kita sudah
mencipta keinginan untuk berjaya, kita seharusnya berusaha dengan bersungguh –
sungguh untuk melahirkan kejayaan supaya menjadi kenyataan, jika tidak kita
tidak perlu mencipta keinginan tersebut kerana menyeksa dan membebankan otak
dan fikiran kita kepada perkara – perkara yang tidak kita mahu usahakan.
Disini ada 3
langkah penting untuk anda berjaya;
PERTAMA: NIAT
Setiap perkara
bermula dari “Niat” dan di sudahi dengan perbuatan maka niat yang baik
kesudahannya baik. Oleh itu, untuk mencipta kejayaan, pastikan niat anda adalah
untuk mencapai kejayaan dengan penuh cemerlang.
KEDUA: LAFAZ
Jika langkah
pertama anda adalah sempurna, lafazkanlah untuk diri anda dengan kata – kata
positif dan percaya akan kebolehan anda seperti;
- “akulah yang terbaik”..
- ”akulah yang hebat”..
- “akulah yang berani”..
- “Aku lah Wira” ..
- “aku
boleh lakukan” ..
- “Aku dahagakan kejayaan”...
dan banyak lagi
kata – kata positif untuk diri anda sendiri yang penting ucapkan selamat
tinggal pada kata – kata negatif.
KETIGA: BUAT
Jika kedua – dua langkah anda
sempurna maka tiba masanya untuk anda melakukannya.Tanpa langkah ketiga ini,
segala yang anda impikan untuk kejayaan tidak dapat dicapai kerana setiap
langkah ini adalah penting untuk menyempurnakan dalam mencapai kejayaan yang
anda kecapi. Anda harus berani dan beri peluang kepada diri anda untuk
melakukan yang terbaik.
Anda harus ingat, peluang tidak
memerlukan banyak masa untuk berfikir. Oleh itu, mulai dari sekarang dan saat
ini, anda harus dan mesti menjadi manusia yang berani melakukannya dengan
menyempurnakan ketiga – tiga langkah tersebut. Selamat mencuba!
0 ulasan:
Catat Ulasan