Rintisan2u

15 Julai 2014

HENDAK SERIBU DAYA TAK HENDAK SERIBU DALIH


Tiada yang mustahil melainkan kita yang mustahilkan”

Kalau kita yakin akan sesuatu yang hendak kita capai maka kita mampu mencapainya, melainkan kita yang tidak yakin akan diri kita terhadap apa yang kita ingin capainya maka ianya tak ubah seperti kita yang mustahilkannya. Ingat, tiada yang mustahil melainkan kita yang mustahilkannya.

Setiap insan inginkan kejayaan cuma tidak tahu bagaimana cara yang terbaik untuk kita capainya. Kadangkala kita sendiri sering persoal diri kita.

Adakah kita mampu mencapainya?

Setahap manakah kita mampu mencapainya?

Anda rasa anda boleh mencapai kejayaan atau tidak jika kita sentiasa persoal diri kita?

Saya rasa, kalau asyik persoal saja, kalau bercinta, kekasih pun dikebas orang. Nak anak orang tak boleh tunggu lama – lama nanti di kebas orang begitulah juga sesuatu yang kita ingin capai, jangan tunggu – tunggu, buat keputusan dan terus bertindak. 

Cuba anda bayangkan, anda tersesat di dalam hutan tebal dan ketika itu anda kelaparan kerana tiada makanan jika tidak makan anda akan mati kelaparan, apakah yang akan anda lakukan? Adakah berdiam diri? dan berkata begini “tak apa lah..lapar pun lapar lah, paling tidak pun mati kelaparan je..”adakah begitu jawapan anda? Saya pasti anda akan berusaha mencari makanan kerana anda sayangkan nyawa anda maka tiada yang mustahil melainkan kita yang mustahilkannya.

Sebenarnya diri kita ini mempunyai pelbagai keistimewaan, Cuma kita saja yang tidak tahu dimana letaknya keistimewaan. Kadang kala kita tidak sedar, apabila sesuatu yang kita mahukan kita usaha sedaya upaya sehingga tercapai apa yang diinginkan walaupun beribu halangan sekalipun tetapi apabila kita tidak ingin pada sesuatu maka pelbagai alasan yang kita berikan.

Oleh itu, mulai sekarang, letakkan diri anda dalam kategori “tiada yang mustahil segalanya mampu anda kecapi”. Ingat, apabila anda letakkan diri anda dalam kategori tersebut, suatu masa nanti, anda sendiri tidak percaya akan kemampuan yang telah anda kecapi malah menjadi sebuah kejayaan yang belum pernah anda miliki.

Berusahalah dengan lebih gigih dan yakin akan diri kita yang kita mampu mencapainya jika kita merupakan seorang insan yang mempunyai cita – cita untuk berjaya.

Jangan tunggu lama – lama..

Berfikir, buat keputusan dan terus bertindak. Semoga berjaya.

0 ulasan:

Catat Ulasan


Rintisan2u

Rintisan2u