YANG MANA ASAM DAN YANG MANA GARAM?
“Kalau anda
tahu membezakan yang mana baik dan yang mana buruk beerti anda telah kenal yang
mana asam dan yang mana garam”
Senario 1
Adik :
Makcik, nak asam boy satu?
Makcik :
Nak asam tak?
Adik :
Tak nak, nanti masin.
Makcik :
?????....
Haa...begitulah kehidupan kita, kadang
kala ada masamnya ada masinnya yang perlu kita belajar dan menyingkap segala
rahsia kehidupan dan yang pasti kenal rasanya bukan pandai makan je seperti
senario di atas ye..
Senario 2
Aiman :
Aiman banyak belajar pasal buah..
Pakcik :
Usah berceritalah dengan pak cik, pak cik dah tahu..pak cik dah lalui
bermacam –
macam sampai dah kenal asam dan garam.
Aiman :
Apa yang pakcik tahu?
Pakcik :
Aiman cakap pasal buah kan?
Aiman :
Yela..pasal buah tangan..
Pakcik :
Buah tangan? Tangan berbuah ke?
Aiman :
*^%#@#!$%...???
Itulah ragam orang tua sekarang
nie..belum habis bercerita dah serba serbi dia tahu. Kononnya dah banyak
lalui..memang benar banyak yang dia lalui tetapi tidak semestinya setiap
individu adalah sama..lain orang lain pengalamannya bergantung juga pada
situasi dan keadaan semasa dan mungkin dulu lain sekarang pula lain..mana tak
nye, zaman sekarang zaman teknologi, semakin hari semakain canggih dan janganlah
kita bodoh sombong, ilmu yang kita ada diibaratkan setitik air di lautan..masih
banyak lagi yang perlu kita pelajari.
Setiap pengalaman yang kita lalui, ada
baiknya dan ada buruknya. Itu semua adalah bekal untuk kemudian hari..untuk
kita belajar dan tempuhi di kemudian hari ada banyak lagi cabaran dan dugaan
yang perlu kita tempuhi. Itulah tujuan pengalaman, jika kita di uji maka kita
dapat membezakan yang mana baik yang mana buruk berdasarkan apa yang telah kita
lalui.
Samalah juga bentuk dan warnanya yang
membezakan rasa, bagaimana rasa asam dan bagaimana rasa garam. Apabila kita
tahu membezakannya, maka kita tahu dimana tempatnya dan kegunaannya yang
bersesuaian.
Begitulah juga pengalaman ada baik dan
buruknya. Jika kita tahu membezakannya maka tahulah kita dimana kesesuaiannya.
Yang penting kita tahu membezakannya.
Semoga perkongsian ini dapat sama – sama
kita gunakan sebagai satu perkongsian ilmu agar dapat kita menggunakannya
dengan sebaik – baiknya. Selamat beramal.
0 ulasan:
Catat Ulasan