Rintisan2u

17 Julai 2014

ANTARA PUJIAN DAN TOMAHAN



“Biarlah mendapat tomahan berbanding pujian kerana tomahanlah yang meletakkan diri kita di atas”

Menyingkap segala kehidupan ada bermacam – macam kerenah manusia, ada yang suka berhasad dengki, mengutuk, memfitnah, mencaci dan ada pula yang suka tikam belakang ha...yang ini kebiasaannya terjadi dalam kalangan yang terdekat dengan kita, bak kata pepatah “musuh dalam selimut” demi kepentingan peribadinya.

Dalam hidup ini, kadangkala apabila melakukan banyak  kebaikan ada saja yang suka menjatuhkan kita, inilah yang dikatakan manusia bersifat syaitan. Namun apabila banyak melakukan kejahatan amatlah dibenci orang sehingga dikutuk, dikeji dan dihina. Jadi mana satu yang lebih baik? Buat baik pun salah buat jahat lagilah salah. Jangan pening – pening setiap masalah yang timbul ada jalan penyelesaian melainkan mati. Jadi selagi kita hidup gunakanlah peluang sebaik – baiknya yang penting hidup ini perlu lebih berhati – hati.

Jadi biarlah hidup kita dalam kesederhanaan atau keseimbangan iaitu ditengah-tengah. Kita dilahirkan tidaklah perfect cuma yang kita mahukan adalah kesempurnaan. Dalam kebaikan kita mesti ada saja kesilapan kita dan tidak semestinya tiada cacat celanya.

Ramai yang selesa dengan pujian dan apatah lagi tomahan,amat jauh sekali.Kita nie, pantang ditomah, maka mula lah episode hang tuah, maka berlakulah pertengkaran yang pengakhiranya yang mensia – siakan. Kalau di ikutkan emosi amarah memanglah kita lost control cubalah bersikap rasional gunakan cara diplomasi kita bukan lagi kanak – kanak berumur 5 tahun, masing – masing dah matang.

Ingat, anda jangan silap, orang yang memuji kita sebenarnya orang yang bijak kerana dia ingin meletakkan kita di tempat situasi yang selesa di mana ianya akan melemahkan semangat anda dengan cara tidak langsung supaya lebih mudah untuk bersaing. Percaya atau tidak saya cuba samakan dengan situasi ini,

Situasi  1 (Pujian)

MALIK             : Halim, aku tengok engkau semakin hari semakin kaya lah, otak kau
                       memang bijak lah dalam perniagaan.

HALIM             : Engkau tengokla...ini halim la..sape yang boleh tandingi aku..

Situasi 2 (Tomahan)

MALIK            : Halim, aku tengok kau semakin hari semakin miskin, kau nie memang
                       keturunan pape kedana la.

HALIM            : Tak pe..satu hari nanti, engkau sendiri tak percaya yang keturunan pape kedana
                       nie lah yang akan berjaya, Insyaallah!


Ketahuilah bahawa, pujian mungkin meningkatkan kegembiraan tetapi mengurangkan semangat  untuk terus berusaha.Setelah mengahadapi pelbagai cabaran dan memperolehi  kejayaan, anda mungkin terasa gembira dan juga berasa bahawa anda telah bertindak secukupnya.

Bagi orang yang di tomah pula, biasanya mendorong sikap pasif atau sikap bersungguh – sungguh dalam mencapai impiannya dan kemungkinan besar kejayaannya lebih baik dari orang yang melemparkan tomahan padanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan


Rintisan2u

Rintisan2u