Jalan Hidup Takkan Pernah Lurus
Jalan Hidup Takkan Pernah Lurus
“Memilih Jalan Hidup Adalah Menentu Arah Masa Depan”
Alhamdulillah,
syukur kehadrat ilahi kerana pada hari ini, waktu dan saat ini juga saya masih berada di muka bumi ini dan
bersyukur keatasnya dengan apa yang telah di kurniakan oleh Nya.
Di
kesempatan yang ada ini, saya ingin memberi sedikit sebanyak nasihat, sokongan
dan dorongan kepada semua terutama pembaca dan termasuklah diri saya sendiri.
Terima kasih kerana sudi membaca artikel yang tidaklah seberapa ini.
Pada kali
ini terdetik di hati saya untuk membicarakan sedikit sebanyak tentang cabaran
dan dugaan dalam menghadapi liku – liku kehidupan yang sedikit sebanyak memberi
manfaat dalam menghadapi kesukaran hidup. Insyaallah.
MENGAPA
JALAN HIDUP TAKKAN LURUS?
Tuhan sentiasa menguji kita dengan 3 cara;
1. Kasih
Sayang
2. Kesihatan
3. Kewangan
/ Harta benda
PERLUKAH
BERPUTUS ASA?
Kadang kala,
dalam menghadapi kesukaran, kita sering kali berputus asa dengan apa yang telah
kita lalui. Walaupun sedang menghadapi kesukaran, namun kita tetap diuji, diuji
dan terus diuji dengan pelbagai ujian dan pelbagai masalah yang timbul sedangkah
masalah yang ada belum lagi selesai sehingga timbul persoalan dibenak, adakah
tuhan tidak membantu kita? Adakah tuhan sudah melupakan kita? Dan pelbagai lagi
persoalan yang timbul sehingga kita rasa sudah penat dan putus asa dengan apa
yang telah terjadi seolah – olah kita sudah tidak ada lagi harapan untuk
meneruskan perjalanan hidup ini walaupun kita sentiasa merintih kepadaNya.
Adakah itu sudah
suratan dan takdirnya? Adakah kita hanya berserah? atau kita menyerah? Apakah
yang perlu kita lakukan? Tidak cukupkah rintihan kita selama ini?
Ketika Allah
rindukan hambanya, Dia akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat
Jibril yang isinya adalah ujian. Dalam hadith kudsi Allah berfirman, “Pergilah
pada hambaKu lalu timpakanlah ujian padanya kerana Aku ingin mendengar
rintihannya (HR Thabarani dari Abu Umamah)
Sebenarnya,
persoalan itu sudah terjawab dan jawapannya sudah ada pada kita. bagaimana?
lihatlah jalan dibelakang kita, sudah berapa jauh kita berjalan dan tidak
terkiranya langkah setiap perjalanan kita itu dan tidak terkiranya cabaran dan dugaan
yang sudah lalui. Tanpa Nya, kita tidak sejauh ini dan tanpanya juga kita tidak
akan berdiri disini.
APAKAH
PELUANG ITU MASIH ADA?
Lihat lah
dihadapan kita, jalan yang terbentang begitu luas itu dan betapa hampirnya kita
pada kejayaan kita dan yang berlalu itu biarlah ianya berlalu, jadikan sebagai
pemicu kalbu untuk kita teruskan melangkah dalam perjalanan hidup ini.
Begitulah
jalan hidup dan jalan itu takkan pernah lurus.
Ada pelbagai rintangan, cabaran
serta dugaannya. Dalam menghadapi kesukaran ini, janganlah kita sesekali berputus
asa selagi nyawa ini tersimpan kerana tuhan sentiasa membuka pintu untuk kita dan
sentiasa membantu kita dalam segala kesulitan cuma kita saja yang tidak tahu
malah tidak mempedulikanya apatah lagi untuk mengingatinya. Sepatutnya kita
sangat bersyukur pada Nya kerana kita masih lagi bernyawa di muka bumi ini.
UJIAN ITU
HANYALAH SEMENTARA
Berjalanlah
dan teruskanlah perjalanan hidup kita walaupun kita sedang menghadapi kesukaran
dan kesulitan sekalipun. Apa yang berlaku ianya tidak berkekalan, ia hanyalah
sementara.
Suatu masa
nanti kita tidak lagi menghadapi kesukaran seperti ini. Hayatilah dan
tempuhilah dengan penuh keyakinan kerana suatu masa nanti kita tidak lagi
menghadapi kesukaran seperti ini dan percayalah suatu masa nanti apabila kita
berdiri di tempat dimana kita impikan, kita sendiri tidak boleh lupakan apa yang
telah kita lalui malah kita rindu akan apa yang telah terjadi.
Percayalah,tuhan
menguji dengan menabur ujian yang penuh kepahitan agar suatu masa nanti kita
kenal manisnya kejayaan itu dan menghargainya dengan penuh kesyukuran. Yang
pasti, kejayaan itu adalah milik kita dan tetap milik kita.
MANISNYA SESEBUAH
KEJAYAAN ITU
Ayuh, majulah
ke hadapan, dengan kepercayaan, semangat beserta keyakinan dalam diri kita ini kita
mampu mencapainya. Oleh itu, dari saat ini, tetapkan matlamat kita, persiapkan
lah diri kita untuk menghadapi segala cabaran yang mendatang. Ingatlah, semakin
hampir kita pada destinasi ataupun kejayaan semakin kuat cabaran dan dugaan
yang datang. Bukan senang untuk kita tempuhi tanpa kesabaran.
Hebatkan jalan
hidup ini. Setelah kita lalui pahitnya hidup dan apabila kita berjaya betapa
manisnya kejayaan yang kita capai dan manisnya tiada tandingan walaupun
manisnya madu, manis lagi kejayaan itu. Yang pastinya, manis itu membuat anda
tersenyum sehingga menitiskan airmata
apabila anda menoleh ke belakang dengan mengenangkan segala kepahitan yang
telah anda lalui.
KESABARAN
DALAM MENEMPUH LIKU-LIKU HIDUP
Jadikanlah
segala cabaran dan dugaan ini sebagai panduan perjalanan hidup kita. Cabaran
dan dugaan sebenarnya adalah hadiah dari tuhan yang tidak ternilai harganya
untuk kita. Sedar ataupun tidak cabaran dan dugaan adalah sebuah ilmu kehidupan
yang kita tidak boleh dapat di mana – mana tanpa izin Nya.
Tanpanya,
kita tidak akan sampai ke destinasi kita dan tanpanya juga kita tidak ada
dimana tempat kita berada sekarang ini. Tetapi hadiah itu juga ada syaratnya,
apa syaratnya? Kesabaran.. kenapa kesabaran?
Tanpa
kesabaran kita akan kembali pada tempat dimana kita mulakan langkah pertama.
Adakah kita ingin kembali dimana tempat kita mulakan langkah hidup kita? Sudah
tentu tak mahu bukan? Oleh itu jadikanlah diri anda sebagai seorang penyabar
kerana setiap kesabaran ada nilainya. Selagi kita bersabar selagi itulah
menggunung ganjarannya dan sebuah ganjaran yang tidak terbayang nilainya.
Ganjaran itu akan kita perolehi sewaktu kita berdiri dimana tempat yang kita
impikan.Percayalah, tuhan itu maha adil..
SAKIT DALAM
MENGHADAPI KESUKARAN HIDUP
Dalam
menghadapi kesukaran hidup, kita sering kali ditimpa pelbagai penyakit sehingga
kita membenci kesakitan. Ketahuilah, apabila kita jatuh sakit , Tuhan akan
utuskan 4 malaikat iaitu Malaikat Pertama, tugasnya adalah untuk mengambil
Selera makan kita. Malaikat Kedua tugasnya untuk mengambil Rezeki kita sewaktu
sakit, Malaikat Ketiga tugasnya untuk mengambil Kecantikan Wajah kita sehingga
kita menjadi pucat dan tidak bermaya manakala Malaikat Keempat tugasnya pula
untuk mengambil segala dosa – dosa kita .
Apabila telah sampai waktu yang telah
tuhan tetapkan untuk kita kembali sihat , tuhan akan menyuruh Malaikat Pertama
, Malaikat Kedua dan Malaikat Ketiga supaya memberi balik apa yang telah diambil
dari kita . Akan tetapi tuhan tidak menyuruh Malaikat Keempat memberi balik
dosa - dosa tersebut kepada kita . Jadi , janganlah kita membenci kesakitan ,
sesungguhnya setiap kesakitan itu adalah penghapus segala dosa – dosa kita.
KESIMPULANNYA
Dalam
menyingkap segala rahsia hidup ini, tiada jalan mudah untuk mencapai sesebuah kejayaan.
Yang pasti, kita sering kali diuji dengan pelbagai cabaran dan dugaan yang
menimpa. Namun, jika kita percaya pada diri kita yang kejayaan itu adalah milik
kita dan mampu untuk mencapainya, sesungguhnya kita sudah pun separuh jalan menghampiri
kejayaan.
0 ulasan:
Catat Ulasan