SEDIHNYA KELUARGA HARI INI
Sedihnya hari ini...
Dari hari ke hari pertalian sesebuah kekeluargaan
itu semakin merenggan.
Semakin dewasa kita, semakin kita
merenggan..
Apakah kerana masing - masing
mengejar keduniaan semata - mata?
Adakah kerana harta? Kekayaan? Atau apa?
Ada kawan?
Apakah pengertian seorang kawan
dengan sebuah keluarga?
Apakah perbezaan kawan dengan
keluarga?
Sejauh manakah pengorbanan seorang kawan
itu?
Sejauh mana pula pengorbanan seorang
keluarga?
Masih lagi menjadi ingatan..
Dulu sewaktu kita kecil – kecil..
Abang, Kakak, Adik lah peneman kita..
Waktu itu, ada saja kerenahnya..
Dikala saat kegembiraan, sama – sama tersenyum dan ketawa
dikala kita menangis, merekalah yang
mendampingi kita, memujuk kita
tak dapat kita bayangkan tanpa mereka
kan?..
Sudah tentu kesunyian kan?..
Suka dan duka, sama – sama tempuhi..
Pelbagai kisah disebalik zaman kanak –
kanak kan?
Indahnya waktu itu..
Tapi hari ini?
Kerana dewasa, tidak lagi kita lalui
saat itu..
Kerana…
Masing – masing mempunyai pendirian
Masing – masing mempunyai hak
Masing – masing mengejar kehendak
diri sendiri
Mungkin dulu terpisah tiada..
Tapi hari ini?
Biasalah..
Masing – masing sudah besar..
Cerdik pandai..
Dunia oh dunia..
Ramainya tertipu kerana mu..?
Semakin hari semakin kita di ulik..
Kalau ditanya sesiapa pun apa yang di
inginkan..
Sudah tentu jawapannya, hidup yang
mewah..
Ada rumah besar, kereta mewah, harta
yang banyak dan macam2 lagi
Apakah keluarga kita sudah tidak
perlu dipedulikan lagi?
Sudah makan kah mereka?
Adakah mereka sedang ditimpa
kesusahan?
Dimanakah mereka sekarang ini?
Perlukah kita risau pada mereka?
Siapakah mereka itu disisi kita ini
pada hari ini?
Adakah hanya tinggal gelaran atau
panggilan?
Atau orang asing?
Makhluk asing?
Atau apa?
Apakah bezanya kita sewaktu kecil dan
dewasa?
Perlukah kita membezakannya?
Apa salah mereka???
Sehingga kita sanggup membezakan
darah daging kita sendiri..
Sehingga kita sanggup melupakan darah
daging kita sendiri..
Lupa daratan kah kita ini?
Sebesar mana pun kesalahan itu,
mereka tetap darah daging kita..
Benci mana pun kita, darah yang
mengalir ini juga darah yang sama..
Kalau dulu dicubit paha kanan terasa
paha kiri..
Mengapa pula hari ini tidak lagi
begitu?
Sedihnya…
Kemanakah perginya semua harapan ibu
dan ayah?
Mereka sangat inginkan sebuah
keluarga yang bahagia
Mereka sangat inginkan kita saling
ingat – mengingati..
Saling sayang – menyayangi..
Oh hidup ini..
Di saat anda ingin menghembuskan
nafas terakhir
Siapa kah yang akan berada disisi kita?
Yang akan melafazkan kalimah “Laila
Ha il Lallah” di telinga kita..
Yang menenangkan kita dengan ayat –
ayat suci Allah..
Siapa pula yang menguruskan jenazah
kita?
Adakah Kawan kita? Atau orang masjid?
Apalah agaknya jawapan bagi
pertanyaan masyarakat tentang mana “keluarga jenazah”?
Siapa yang akan menggali kubur kita?
Kita sendiri kah? Kawan kita kah? Atau
siapa?
Siapa pula yang akan turunkan kita ke dalam liang lahad dengan begitu perasaan kasih dan sayang?
Kita sendiri turunkah? Atau kawan
kita?
Siapakah yang akan sedekahkan kita
ayat – ayat suci di tanah perkuburan?
Yang sanggup menanti kita dan
menghadap kedua – dua batu nisan?
Yang sanggup datang menziarahi kubur
kita?
Yang sanggup membersihkan kubur kita
dikala lalang menutup kedua batu nisan kita?
Kawan kita???
Dah maklumkan ke mati kita bila?
Sudah berpesan ke pada mereka tentang
urusan kematian kita?
Jika kawan, siapa pula yang akan
memaklumkan pada mereka sekiranya anda mati jika bukan keluarga? Siapa?? Dan siapa??
Sudah persiapkah kita jawapan untuk di
padang masyar nanti?
Siapa keluarga kita dan siapa saudara
kita?
Tuhan tidak Tanya kamu, bagaimana
tentang perniagaan kamu?
Rumah besar kamu? Kereta mewah kamu? Harta
kamu?
Tetapi “siapakah Keluarga kamu dan
siapakah saudara kamu”..
Dan “apakah pengorbanan kamu terhadap
mereka?”..
Itulah soalan yang bakal anda
hadapi..
Wah, senangnya dalam hati..
Senangnya hidup ini..
Senangnya hari ini..
Tetapi..
Duit kita? Harta kita? Kereta mewah?
rumah besar?
Kemanakah semua itu apabila kematian
kita?
Bermakna kah semua itu?
Atau berganti bekalan di akhirat?
Jadi kalau bukan, apa? bagaimana???
Ada anak? Ada bini? Ada suami?..
Harta, kekayaan semua itu bakal
dimiliki..
Anda jangan risau usaha anda itu..
Kerana harta, kekayaan lah yang
mendorong mereka untuk mengingati anda..
Mengenang setiap apa yang
ditinggalkan..
Mereka juga akan melakukan perkara
yang sama terhadap anak – anak mereka..
Dari satu generasi ke satu generasi..
Kerana itulah teladan yang baik yang
seharusnya dicontohi kan?
Mengingati??
Dari siapa?
Oh..Suami.., Isteri.., Anak – anak..
Ya…Mereka mengingati dan kenang
hingga ke akhir hayat..
Apa yang telah anda berikan itu..
Begitulah putaranya hingga ke
warisannya..
Apa???...
Doa? Sedekah?
Untuk siapa? Untuk anda ke???
Anda tunggulah semua itu di akhirat
nanti..
Kerana doa dan sedekah itu akan di
doa dan di sedekahkan kepada anda..
“kalau mereka tak sibuk” ..
Maklumlah..
kesibukan dalam mengurus harta
pemberian anda itu..
Ianya sangat bernilai bagi mereka
seperti juga anda..
Bersabarlah yer anda disana..
Sesungguhnya “Penantian itu amat
menyiksakan”..
Itu semua hikmah..
Apa?
Kesilapan? Sedarkah anda ketika ini?
Atau bakal menjadi “Penantian?”..
Semua itu datangnya dari kehendak dan
kemahuan anda juga..
Jadi terimalah kenyataannya..
Kesal? Kecewa? Sudah terlambat ke?
Ajal ditangan tuhan, siapa duga???...
Alhamdulillah..
Jika anda membaca renungan ini
bermakna,
Tuhan sudah membuka peluang untuk
anda melakukan perubahan..
Ini juga mungkin doa dari mereka..
Ingat..
“Penantian adalah sebuah penyiksaan”
Peluang hanya sekali, bukan berkali –
kali..
Selagi masih bernyawa..
Marilah kita bermuhasabahkan diri
kita..
Renungkan kembali..yang lepas biarlah
ia berlalu..
Jadikan itu sebagai pedoman..
Manusia tidak akan terlepas daripada
kesilapannya..
Kerana “Tanpa Kesilapan Maka Tiada Pembetulannya”
Sama juga “Tiada Persoalan Maka Tiadalah
Jawapannya”
Dan ingat “Tiada Pembentukan Maka Tiada
Perubahannya”
Jadi, mulakan lah dari saat ini..
Sayangilah keluarga kita..
Itulah satu – satunya pemberian Tuhan
kepada kita
Jagalah amanah pemberian Nya itu..
Yang tiada nilainya dan tidak boleh
dibeli di mana –mana..
Yang banyak tersimpan 1001 rahsia di
sebalik pemberian Nya..
1001 akan anda ketahui apabila anda
menghadap Tuhan Yang Maha Esa nanti..
Kerana tanpa mereka, kita tidak kenal
erti “KASIH SAYANG”...
Renung – renungkanlah..
0 ulasan:
Catat Ulasan