Rintisan2u

SEDIHNYA KELUARGA HARI INI



Sedihnya hari ini...
Dari hari ke hari pertalian sesebuah kekeluargaan itu semakin merenggan.
Semakin dewasa kita, semakin kita merenggan..
Apakah kerana masing - masing mengejar keduniaan semata - mata?
Adakah kerana harta? Kekayaan? Atau apa?

Ada kawan?
Apakah pengertian seorang kawan dengan sebuah keluarga?
Apakah perbezaan kawan dengan keluarga?
Sejauh manakah pengorbanan seorang kawan itu?
Sejauh mana pula pengorbanan seorang keluarga?

Masih lagi menjadi ingatan..
Dulu sewaktu kita kecil – kecil..
 Abang, Kakak, Adik lah peneman kita..
Waktu itu, ada saja  kerenahnya..

Dikala saat kegembiraan, sama – sama tersenyum dan ketawa
dikala kita menangis, merekalah yang mendampingi kita, memujuk kita
tak dapat kita bayangkan tanpa mereka kan?..
Sudah tentu kesunyian kan?..
Suka dan duka, sama – sama tempuhi..
Pelbagai kisah disebalik zaman kanak – kanak kan?
Indahnya waktu itu..

Tapi hari ini?
Kerana dewasa, tidak lagi kita lalui saat itu..
Kerana…
Masing – masing mempunyai pendirian
Masing – masing mempunyai hak
Masing – masing mengejar kehendak diri sendiri
Mungkin dulu terpisah tiada..
Tapi hari ini?

Biasalah..
Masing – masing sudah besar..
Cerdik pandai..


Dunia oh dunia..
Ramainya tertipu kerana mu..?
Semakin hari semakin kita di ulik..
Kalau ditanya sesiapa pun apa yang di inginkan..
Sudah tentu jawapannya, hidup yang mewah..
Ada rumah besar, kereta mewah, harta yang banyak dan macam2 lagi

Apakah keluarga kita sudah tidak perlu dipedulikan lagi?
Sudah makan kah mereka?
Adakah mereka sedang ditimpa kesusahan?
Dimanakah mereka sekarang ini?
Perlukah kita risau pada mereka?

Siapakah mereka itu disisi kita ini pada hari ini?
Adakah hanya tinggal gelaran atau panggilan?
Atau orang asing?
Makhluk asing?
Atau apa?

Apakah bezanya kita sewaktu kecil dan dewasa?
Perlukah kita membezakannya?
Apa salah mereka???
Sehingga kita sanggup membezakan darah daging kita sendiri..
Sehingga kita sanggup melupakan darah daging kita sendiri..

Lupa daratan kah kita ini?
Sebesar mana pun kesalahan itu, mereka tetap darah daging kita..
Benci mana pun kita, darah yang mengalir ini juga darah yang sama..
Kalau dulu dicubit paha kanan terasa paha kiri..
Mengapa pula hari ini tidak lagi begitu?

Sedihnya…
Kemanakah perginya semua harapan ibu dan ayah?
Mereka sangat inginkan sebuah keluarga yang bahagia
Mereka sangat inginkan kita saling ingat – mengingati..
Saling sayang – menyayangi..

Oh hidup ini..
Di saat anda ingin menghembuskan nafas terakhir
Siapa kah yang akan berada disisi kita?
Yang akan melafazkan kalimah “Laila Ha il Lallah” di telinga kita..
Yang menenangkan kita dengan ayat – ayat suci Allah..

Siapa pula yang menguruskan jenazah kita?
Adakah Kawan kita? Atau orang masjid?
Apalah agaknya jawapan bagi pertanyaan masyarakat tentang mana “keluarga jenazah”?
Siapa yang akan menggali kubur kita?
Kita sendiri kah? Kawan kita kah? Atau siapa?

Siapa pula yang akan turunkan kita ke dalam liang lahad dengan begitu perasaan kasih dan sayang?
Kita sendiri turunkah? Atau kawan kita?
Siapakah yang akan sedekahkan kita ayat – ayat suci di tanah perkuburan?
Yang sanggup menanti kita dan menghadap kedua – dua batu nisan?
Yang sanggup datang menziarahi kubur kita?
Yang sanggup membersihkan kubur kita dikala lalang menutup kedua batu nisan kita?

Kawan kita???
Dah maklumkan ke mati kita bila?
Sudah berpesan ke pada mereka tentang urusan kematian kita?
Jika kawan, siapa pula yang akan memaklumkan pada mereka sekiranya anda mati jika bukan keluarga? Siapa?? Dan siapa??

Sudah persiapkah kita jawapan untuk di padang masyar nanti?
Siapa keluarga kita dan siapa saudara kita?

Tuhan tidak Tanya kamu, bagaimana tentang perniagaan kamu?
Rumah besar kamu? Kereta mewah kamu? Harta kamu?
Tetapi “siapakah Keluarga kamu dan siapakah saudara kamu”..
Dan “apakah pengorbanan kamu terhadap mereka?”..
Itulah soalan yang bakal anda hadapi..

Wah, senangnya dalam hati..
Senangnya hidup ini..
Senangnya hari ini..

Tetapi..
Duit kita? Harta kita? Kereta mewah? rumah besar?
Kemanakah semua itu apabila kematian kita?
Bermakna kah semua itu?
Atau  berganti bekalan di akhirat?
Jadi kalau bukan, apa? bagaimana???

Ada anak? Ada bini? Ada suami?..
Harta, kekayaan semua itu bakal dimiliki..
Anda jangan risau usaha anda itu..
Kerana harta, kekayaan lah yang mendorong mereka untuk mengingati anda..
Mengenang setiap apa yang ditinggalkan..

Mereka juga akan melakukan perkara yang sama terhadap anak – anak mereka..
Dari satu generasi ke satu generasi..
Kerana itulah teladan yang baik yang seharusnya dicontohi kan?

Mengingati??
Dari siapa?
Oh..Suami.., Isteri.., Anak – anak..
Ya…Mereka mengingati dan kenang hingga ke akhir hayat..
Apa yang telah anda berikan itu..
Begitulah putaranya hingga ke warisannya..

Apa???...
Doa? Sedekah?
Untuk siapa? Untuk anda ke???
Anda tunggulah semua itu di akhirat nanti..
Kerana doa dan sedekah itu akan di doa dan di sedekahkan kepada anda..
“kalau mereka tak sibuk” ..

Maklumlah..
kesibukan dalam mengurus harta pemberian anda itu..
Ianya sangat bernilai bagi mereka seperti juga anda..
Bersabarlah yer anda disana..
Sesungguhnya “Penantian itu amat menyiksakan”..
Itu semua hikmah..

Apa?
Kesilapan? Sedarkah anda ketika ini?
Atau bakal menjadi “Penantian?”..
Semua itu datangnya dari kehendak dan kemahuan anda juga..
Jadi terimalah kenyataannya..

Kesal? Kecewa? Sudah terlambat ke?
Ajal ditangan tuhan, siapa duga???...

Alhamdulillah..
Jika anda membaca renungan ini bermakna,
Tuhan sudah membuka peluang untuk anda melakukan perubahan..
Ini juga mungkin doa dari mereka..

Ingat..
“Penantian adalah sebuah penyiksaan”
Peluang hanya sekali, bukan berkali – kali..

Selagi masih bernyawa..
Marilah kita bermuhasabahkan diri kita..
Renungkan kembali..yang lepas biarlah ia berlalu..
Jadikan itu sebagai pedoman..

Manusia tidak akan terlepas daripada kesilapannya..
Kerana “Tanpa Kesilapan Maka Tiada Pembetulannya”
Sama juga “Tiada Persoalan Maka Tiadalah Jawapannya”
Dan ingat “Tiada Pembentukan Maka Tiada Perubahannya”

Jadi, mulakan lah dari saat ini..
Sayangilah keluarga kita..
Itulah satu – satunya pemberian Tuhan kepada kita

Jagalah amanah pemberian Nya itu..
Yang tiada nilainya dan tidak boleh dibeli di mana –mana..
Yang banyak tersimpan 1001 rahsia di sebalik pemberian Nya..
1001 akan anda ketahui apabila anda menghadap Tuhan Yang Maha Esa nanti..
Kerana tanpa mereka, kita tidak kenal erti “KASIH SAYANG”...

 Renung – renungkanlah..
Baca Lagi

Jalan Hidup Takkan Pernah Lurus



Jalan Hidup Takkan Pernah Lurus
“Memilih Jalan Hidup Adalah Menentu Arah Masa Depan”

Alhamdulillah, syukur kehadrat ilahi kerana pada hari ini, waktu dan saat ini juga  saya masih berada di muka bumi ini dan bersyukur keatasnya dengan apa yang telah di kurniakan oleh Nya.

Di kesempatan yang ada ini, saya ingin memberi sedikit sebanyak nasihat, sokongan dan dorongan kepada semua terutama pembaca dan termasuklah diri saya sendiri. Terima kasih kerana sudi membaca artikel yang tidaklah seberapa ini.
Pada kali ini terdetik di hati saya untuk membicarakan sedikit sebanyak tentang cabaran dan dugaan dalam menghadapi liku – liku kehidupan yang sedikit sebanyak memberi manfaat dalam menghadapi kesukaran hidup. Insyaallah.

MENGAPA JALAN HIDUP TAKKAN LURUS?

Tiada manisnya jika tidak kenal erti pahitnya. Begitulah jalan kehidupan, jalan yang takkan lurus itu bermaksud kesukaran dalam menghadapi kehidupan dan ketahuilah, tanpa cabaran dan dugaan, kita tidak akan capai sesebuah kejayaan.

Tuhan sentiasa menguji kita dengan 3 cara;

1. Kasih Sayang
2. Kesihatan
3. Kewangan / Harta benda

PERLUKAH BERPUTUS ASA?

Kadang kala, dalam menghadapi kesukaran, kita sering kali berputus asa dengan apa yang telah kita lalui. Walaupun sedang menghadapi kesukaran, namun kita tetap diuji, diuji dan terus diuji dengan pelbagai ujian dan pelbagai masalah yang timbul sedangkah masalah yang ada belum lagi selesai sehingga timbul persoalan dibenak, adakah tuhan tidak membantu kita? Adakah tuhan sudah melupakan kita? Dan pelbagai lagi persoalan yang timbul sehingga kita rasa sudah penat dan putus asa dengan apa yang telah terjadi seolah – olah kita sudah tidak ada lagi harapan untuk meneruskan perjalanan hidup ini walaupun kita sentiasa merintih kepadaNya.

Adakah itu sudah suratan dan takdirnya? Adakah kita hanya berserah? atau kita menyerah? Apakah yang perlu kita lakukan? Tidak cukupkah rintihan kita selama ini?

Ketika Allah rindukan hambanya, Dia akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian. Dalam hadith kudsi Allah berfirman, “Pergilah pada hambaKu lalu timpakanlah ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya (HR Thabarani dari Abu Umamah)

Sebenarnya, persoalan itu sudah terjawab dan jawapannya sudah ada pada kita. bagaimana? lihatlah jalan dibelakang kita, sudah berapa jauh kita berjalan dan tidak terkiranya langkah setiap perjalanan kita itu dan tidak terkiranya cabaran dan dugaan yang sudah lalui. Tanpa Nya, kita tidak sejauh ini dan tanpanya juga kita tidak akan berdiri disini.

APAKAH PELUANG ITU MASIH ADA?

Lihat lah dihadapan kita, jalan yang terbentang begitu luas itu dan betapa hampirnya kita pada kejayaan kita dan yang berlalu itu biarlah ianya berlalu, jadikan sebagai pemicu kalbu untuk kita teruskan melangkah dalam perjalanan hidup ini.
Begitulah jalan hidup dan jalan itu takkan pernah lurus. 

Ada pelbagai rintangan, cabaran serta dugaannya. Dalam menghadapi kesukaran ini, janganlah kita sesekali berputus asa selagi nyawa ini tersimpan kerana tuhan sentiasa membuka pintu untuk kita dan sentiasa membantu kita dalam segala kesulitan cuma kita saja yang tidak tahu malah tidak mempedulikanya apatah lagi untuk mengingatinya. Sepatutnya kita sangat bersyukur pada Nya kerana kita masih lagi bernyawa di muka bumi ini.

UJIAN ITU HANYALAH SEMENTARA

Berjalanlah dan teruskanlah perjalanan hidup kita walaupun kita sedang menghadapi kesukaran dan kesulitan sekalipun. Apa yang berlaku ianya tidak berkekalan, ia hanyalah sementara.

Suatu masa nanti kita tidak lagi menghadapi kesukaran seperti ini. Hayatilah dan tempuhilah dengan penuh keyakinan kerana suatu masa nanti kita tidak lagi menghadapi kesukaran seperti ini dan percayalah suatu masa nanti apabila kita berdiri di tempat dimana kita impikan, kita sendiri tidak boleh lupakan apa yang telah kita lalui malah kita rindu akan apa yang telah terjadi.

Percayalah,tuhan menguji dengan menabur ujian yang penuh kepahitan agar suatu masa nanti kita kenal manisnya kejayaan itu dan menghargainya dengan penuh kesyukuran. Yang pasti, kejayaan itu adalah milik kita dan tetap milik kita.

MANISNYA SESEBUAH KEJAYAAN ITU

Ayuh, majulah ke hadapan, dengan kepercayaan, semangat beserta keyakinan dalam diri kita ini kita mampu mencapainya. Oleh itu, dari saat ini, tetapkan matlamat kita, persiapkan lah diri kita untuk menghadapi segala cabaran yang mendatang. Ingatlah, semakin hampir kita pada destinasi ataupun kejayaan semakin kuat cabaran dan dugaan yang datang. Bukan senang untuk kita tempuhi tanpa kesabaran.

Hebatkan jalan hidup ini. Setelah kita lalui pahitnya hidup dan apabila kita berjaya betapa manisnya kejayaan yang kita capai dan manisnya tiada tandingan walaupun manisnya madu, manis lagi kejayaan itu. Yang pastinya, manis itu membuat anda tersenyum  sehingga menitiskan airmata apabila anda menoleh ke belakang dengan mengenangkan segala kepahitan yang telah anda lalui.  

KESABARAN DALAM MENEMPUH LIKU-LIKU HIDUP

Jadikanlah segala cabaran dan dugaan ini sebagai panduan perjalanan hidup kita. Cabaran dan dugaan sebenarnya adalah hadiah dari tuhan yang tidak ternilai harganya untuk kita. Sedar ataupun tidak cabaran dan dugaan adalah sebuah ilmu kehidupan yang kita tidak boleh dapat di mana – mana tanpa izin Nya.

Tanpanya, kita tidak akan sampai ke destinasi kita dan tanpanya juga kita tidak ada dimana tempat kita berada sekarang ini. Tetapi hadiah itu juga ada syaratnya, apa syaratnya? Kesabaran.. kenapa kesabaran?

Tanpa kesabaran kita akan kembali pada tempat dimana kita mulakan langkah pertama. Adakah kita ingin kembali dimana tempat kita mulakan langkah hidup kita? Sudah tentu tak mahu bukan? Oleh itu jadikanlah diri anda sebagai seorang penyabar kerana setiap kesabaran ada nilainya. Selagi kita bersabar selagi itulah menggunung ganjarannya dan sebuah ganjaran yang tidak terbayang nilainya. Ganjaran itu akan kita perolehi sewaktu kita berdiri dimana tempat yang kita impikan.Percayalah, tuhan itu maha adil..

SAKIT DALAM MENGHADAPI KESUKARAN HIDUP

Dalam menghadapi kesukaran hidup, kita sering kali ditimpa pelbagai penyakit sehingga kita membenci kesakitan. Ketahuilah, apabila kita jatuh sakit , Tuhan akan utuskan 4 malaikat iaitu Malaikat Pertama, tugasnya adalah untuk mengambil Selera makan kita. Malaikat Kedua tugasnya untuk mengambil Rezeki kita sewaktu sakit, Malaikat Ketiga tugasnya untuk mengambil Kecantikan Wajah kita sehingga kita menjadi pucat dan tidak bermaya manakala Malaikat Keempat tugasnya pula untuk mengambil segala dosa – dosa kita . 

Apabila telah sampai waktu yang telah tuhan tetapkan untuk kita kembali sihat , tuhan akan menyuruh Malaikat Pertama , Malaikat Kedua dan Malaikat Ketiga supaya memberi balik apa yang telah diambil dari kita . Akan tetapi tuhan tidak menyuruh Malaikat Keempat memberi balik dosa - dosa tersebut kepada kita . Jadi , janganlah kita membenci kesakitan , sesungguhnya setiap kesakitan itu adalah penghapus segala dosa – dosa kita.

KESIMPULANNYA

Dalam menyingkap segala rahsia hidup ini, tiada jalan mudah untuk mencapai sesebuah kejayaan. Yang pasti, kita sering kali diuji dengan pelbagai cabaran dan dugaan yang menimpa. Namun, jika kita percaya pada diri kita yang kejayaan itu adalah milik kita dan mampu untuk mencapainya, sesungguhnya kita sudah pun separuh jalan menghampiri kejayaan.
Baca Lagi

ANTARA PUJIAN DAN TOMAHAN



“Biarlah mendapat tomahan berbanding pujian kerana tomahanlah yang meletakkan diri kita di atas”

Menyingkap segala kehidupan ada bermacam – macam kerenah manusia, ada yang suka berhasad dengki, mengutuk, memfitnah, mencaci dan ada pula yang suka tikam belakang ha...yang ini kebiasaannya terjadi dalam kalangan yang terdekat dengan kita, bak kata pepatah “musuh dalam selimut” demi kepentingan peribadinya.

Dalam hidup ini, kadangkala apabila melakukan banyak  kebaikan ada saja yang suka menjatuhkan kita, inilah yang dikatakan manusia bersifat syaitan. Namun apabila banyak melakukan kejahatan amatlah dibenci orang sehingga dikutuk, dikeji dan dihina. Jadi mana satu yang lebih baik? Buat baik pun salah buat jahat lagilah salah. Jangan pening – pening setiap masalah yang timbul ada jalan penyelesaian melainkan mati. Jadi selagi kita hidup gunakanlah peluang sebaik – baiknya yang penting hidup ini perlu lebih berhati – hati.

Jadi biarlah hidup kita dalam kesederhanaan atau keseimbangan iaitu ditengah-tengah. Kita dilahirkan tidaklah perfect cuma yang kita mahukan adalah kesempurnaan. Dalam kebaikan kita mesti ada saja kesilapan kita dan tidak semestinya tiada cacat celanya.

Ramai yang selesa dengan pujian dan apatah lagi tomahan,amat jauh sekali.Kita nie, pantang ditomah, maka mula lah episode hang tuah, maka berlakulah pertengkaran yang pengakhiranya yang mensia – siakan. Kalau di ikutkan emosi amarah memanglah kita lost control cubalah bersikap rasional gunakan cara diplomasi kita bukan lagi kanak – kanak berumur 5 tahun, masing – masing dah matang.

Ingat, anda jangan silap, orang yang memuji kita sebenarnya orang yang bijak kerana dia ingin meletakkan kita di tempat situasi yang selesa di mana ianya akan melemahkan semangat anda dengan cara tidak langsung supaya lebih mudah untuk bersaing. Percaya atau tidak saya cuba samakan dengan situasi ini,

Situasi  1 (Pujian)

MALIK             : Halim, aku tengok engkau semakin hari semakin kaya lah, otak kau
                       memang bijak lah dalam perniagaan.

HALIM             : Engkau tengokla...ini halim la..sape yang boleh tandingi aku..

Situasi 2 (Tomahan)

MALIK            : Halim, aku tengok kau semakin hari semakin miskin, kau nie memang
                       keturunan pape kedana la.

HALIM            : Tak pe..satu hari nanti, engkau sendiri tak percaya yang keturunan pape kedana
                       nie lah yang akan berjaya, Insyaallah!


Ketahuilah bahawa, pujian mungkin meningkatkan kegembiraan tetapi mengurangkan semangat  untuk terus berusaha.Setelah mengahadapi pelbagai cabaran dan memperolehi  kejayaan, anda mungkin terasa gembira dan juga berasa bahawa anda telah bertindak secukupnya.

Bagi orang yang di tomah pula, biasanya mendorong sikap pasif atau sikap bersungguh – sungguh dalam mencapai impiannya dan kemungkinan besar kejayaannya lebih baik dari orang yang melemparkan tomahan padanya.
Baca Lagi

YANG MANA ASAM DAN YANG MANA GARAM?



“Kalau anda tahu membezakan yang mana baik dan yang mana buruk beerti anda telah kenal yang mana asam dan yang mana garam”

Senario 1
Adik                : Makcik, nak asam boy satu?
Makcik             : Nak asam tak?
Adik                : Tak nak, nanti masin.
Makcik             : ?????....

Haa...begitulah kehidupan kita, kadang kala ada masamnya ada masinnya yang perlu kita belajar dan menyingkap segala rahsia kehidupan dan yang pasti kenal rasanya bukan pandai makan je seperti senario di atas ye..

Senario 2
Aiman              : Aiman banyak belajar pasal buah..
Pakcik             : Usah berceritalah dengan pak cik, pak cik dah tahu..pak cik dah lalui
     bermacam – macam sampai dah kenal asam dan garam.
Aiman              : Apa yang pakcik tahu?
Pakcik             : Aiman cakap pasal buah kan?
Aiman              : Yela..pasal buah tangan..
Pakcik             : Buah tangan? Tangan berbuah ke?
Aiman              : *^%#@#!$%...???

Itulah ragam orang tua sekarang nie..belum habis bercerita dah serba serbi dia tahu. Kononnya dah banyak lalui..memang benar banyak yang dia lalui tetapi tidak semestinya setiap individu adalah sama..lain orang lain pengalamannya bergantung juga pada situasi dan keadaan semasa dan mungkin dulu lain sekarang pula lain..mana tak nye, zaman sekarang zaman teknologi, semakin hari semakain canggih dan janganlah kita bodoh sombong, ilmu yang kita ada diibaratkan setitik air di lautan..masih banyak lagi yang perlu kita pelajari.

Setiap pengalaman yang kita lalui, ada baiknya dan ada buruknya. Itu semua adalah bekal untuk kemudian hari..untuk kita belajar dan tempuhi di kemudian hari ada banyak lagi cabaran dan dugaan yang perlu kita tempuhi. Itulah tujuan pengalaman, jika kita di uji maka kita dapat membezakan yang mana baik yang mana buruk berdasarkan apa yang telah kita lalui.

Samalah juga bentuk dan warnanya yang membezakan rasa, bagaimana rasa asam dan bagaimana rasa garam. Apabila kita tahu membezakannya, maka kita tahu dimana tempatnya dan kegunaannya yang bersesuaian.

Begitulah juga pengalaman ada baik dan buruknya. Jika kita tahu membezakannya maka tahulah kita dimana kesesuaiannya. Yang penting kita tahu membezakannya.

Semoga perkongsian ini dapat sama – sama kita gunakan sebagai satu perkongsian ilmu agar dapat kita menggunakannya dengan sebaik – baiknya. Selamat beramal.  



Baca Lagi

HENDAK SERIBU DAYA TAK HENDAK SERIBU DALIH


Tiada yang mustahil melainkan kita yang mustahilkan”

Kalau kita yakin akan sesuatu yang hendak kita capai maka kita mampu mencapainya, melainkan kita yang tidak yakin akan diri kita terhadap apa yang kita ingin capainya maka ianya tak ubah seperti kita yang mustahilkannya. Ingat, tiada yang mustahil melainkan kita yang mustahilkannya.

Setiap insan inginkan kejayaan cuma tidak tahu bagaimana cara yang terbaik untuk kita capainya. Kadangkala kita sendiri sering persoal diri kita.

Adakah kita mampu mencapainya?

Setahap manakah kita mampu mencapainya?

Anda rasa anda boleh mencapai kejayaan atau tidak jika kita sentiasa persoal diri kita?

Saya rasa, kalau asyik persoal saja, kalau bercinta, kekasih pun dikebas orang. Nak anak orang tak boleh tunggu lama – lama nanti di kebas orang begitulah juga sesuatu yang kita ingin capai, jangan tunggu – tunggu, buat keputusan dan terus bertindak. 

Cuba anda bayangkan, anda tersesat di dalam hutan tebal dan ketika itu anda kelaparan kerana tiada makanan jika tidak makan anda akan mati kelaparan, apakah yang akan anda lakukan? Adakah berdiam diri? dan berkata begini “tak apa lah..lapar pun lapar lah, paling tidak pun mati kelaparan je..”adakah begitu jawapan anda? Saya pasti anda akan berusaha mencari makanan kerana anda sayangkan nyawa anda maka tiada yang mustahil melainkan kita yang mustahilkannya.

Sebenarnya diri kita ini mempunyai pelbagai keistimewaan, Cuma kita saja yang tidak tahu dimana letaknya keistimewaan. Kadang kala kita tidak sedar, apabila sesuatu yang kita mahukan kita usaha sedaya upaya sehingga tercapai apa yang diinginkan walaupun beribu halangan sekalipun tetapi apabila kita tidak ingin pada sesuatu maka pelbagai alasan yang kita berikan.

Oleh itu, mulai sekarang, letakkan diri anda dalam kategori “tiada yang mustahil segalanya mampu anda kecapi”. Ingat, apabila anda letakkan diri anda dalam kategori tersebut, suatu masa nanti, anda sendiri tidak percaya akan kemampuan yang telah anda kecapi malah menjadi sebuah kejayaan yang belum pernah anda miliki.

Berusahalah dengan lebih gigih dan yakin akan diri kita yang kita mampu mencapainya jika kita merupakan seorang insan yang mempunyai cita – cita untuk berjaya.

Jangan tunggu lama – lama..

Berfikir, buat keputusan dan terus bertindak. Semoga berjaya.
Baca Lagi

3 LANGKAH RAHSIA KEJAYAAN




“ Ada tiga langkah penting golongan yang mencapai puncak kejayaan. Anda juga berupaya untuk memupuknya demi kejayaan anda sendiri”...


Manusia mana yang tidak punya keinginan untuk berjaya dalam kehidupan meraka kecuali yang tidak waras lagi untuk berfikir tentang kejayaan dalam kehidupannya. Jika ditanya pada anak kecil sekalipun mereka juga punya impian untuk berjaya.

Setiap manusia mampu untuk mengecapi kejayaan mereka sebagai satu kenyataan cuma mahu atau tidak itu saja. Mencipta keinginan untuk berjaya tidak susah yang susahnya ialah tindakan untuk kita melahirkan kejayaan yang dicipta.

Jika kita sudah mencipta keinginan untuk berjaya, kita seharusnya berusaha dengan bersungguh – sungguh untuk melahirkan kejayaan supaya menjadi kenyataan, jika tidak kita tidak perlu mencipta keinginan tersebut kerana menyeksa dan membebankan otak dan fikiran kita kepada perkara – perkara yang tidak kita mahu usahakan.

Disini ada 3 langkah penting untuk anda berjaya;

PERTAMA: NIAT
Setiap perkara bermula dari “Niat” dan di sudahi dengan perbuatan maka niat yang baik kesudahannya baik. Oleh itu, untuk mencipta kejayaan, pastikan niat anda adalah untuk mencapai kejayaan dengan penuh cemerlang.

KEDUA: LAFAZ
Jika langkah pertama anda adalah sempurna, lafazkanlah untuk diri anda dengan kata – kata positif dan percaya akan kebolehan anda seperti;

-                    “akulah yang terbaik”..
-                    ”akulah yang hebat”..
-                    “akulah yang berani”..
-                    “Aku lah Wira” ..
-                    “aku boleh lakukan” ..
-                    “Aku dahagakan kejayaan”...

dan banyak lagi kata – kata positif untuk diri anda sendiri yang penting ucapkan selamat tinggal pada kata – kata negatif.

KETIGA: BUAT
Jika kedua – dua langkah anda sempurna maka tiba masanya untuk anda melakukannya.Tanpa langkah ketiga ini, segala yang anda impikan untuk kejayaan tidak dapat dicapai kerana setiap langkah ini adalah penting untuk menyempurnakan dalam mencapai kejayaan yang anda kecapi. Anda harus berani dan beri peluang kepada diri anda untuk melakukan yang terbaik.


Anda harus ingat, peluang tidak memerlukan banyak masa untuk berfikir. Oleh itu, mulai dari sekarang dan saat ini, anda harus dan mesti menjadi manusia yang berani melakukannya dengan menyempurnakan ketiga – tiga langkah tersebut. Selamat mencuba!
Baca Lagi

PELUANG HANYA SEKALI



“Peluang hanya sekali dan sekali pergi ia takkan kembali lagi.”..

Pernahkah anda terfikir apa itu erti PELUANG? Jawapannya ialah peluang itu bermaksud kesempatan. Mari kita lihat situasi dibawah;
Perbualan dalam telefon..

IBU                        : Kamal, balik la ke kampung jenguk – jenguk ibu, boleh lah ibu masakkan masakan    
                               kegemaran Kamal..Ibu rindu nak melihat anak ibu nie..Dah lama ibu kesunyian kat 
                               kampung nie..

KAMAL                   : Sabarlah ibu.. Kamal banyak hal lagi tak selesai..nanti Kamal selesai Kamal balik                    jumpa Ibu ye..

Seminggu kemudian..

ADIK                       : Abang....( dalam keadaan menangis )

KAMAL                   : Kenapa adik? Bagi tau abang..

ADIK                      : Ibu meninggal semalam..

KAMAL                   : Ya Allah... Ibuuu.........!!!

Apakah yang anda rasa jika anda dalam situasi di atas? Sedih dan kesal bukan? Begitulah anda akan lalui sekiranya anda menolak sesebuah peluang yang ada.

Begitulah kehidupan kita, sering kali alpa akan peluang yang hadir di depan kita. Kita sering kali lupa akan peluang yang ada hanya sekali dan sekali pergi ia takkan kembali lagi..yang ada hanyalah penyesalan.

Ya....memang benar peluang sentiasa ada tetapi adakah sama? Tidak bukan? Baiklah, kita samakan situasi seperti di atas, adakah selepas ibu anda meninggal anda tidak akan merasa kesal? Adakah anda akan merasakan yang anda bakal ada ibu lagi? Mungkin ada tetapi ibu tiri..itu pun kalau masih ada peluang lagi namun tetap tak sama seperti ibu kandung anda bukan?

Hargailah peluang yang ada kerana setiap peluang ada nilainya. Peluang itu adalah hadiah dari tuhan untuk kita menggunakan ia dengan sebaik – baiknya kerana peluang itu datangnya berbeza – beza. Ingatlah, setiap peluang yang ada janganlah anda biarkan ia berlalu begitu saja kerana setiap peluang yang terlepas mesti ada penyesalannya jadi marilah kita hargai dan terima peluang seadanya dan jangan sia – siakan, gunakan lah ia sebaik – baiknya.

Jika diberi peluang , Jika ada peluang , Jika berpeluang..Apakah yang akan anda lakukan?

Jawapannya, anda yang tentukannya sendiri...
Baca Lagi

Mencari pesaing yang HEBAT sebagai PESAING kita



“Idola ku adalah pesaing ku..”

Siapakah idola anda? ..
Mesti orang yang hebatkan..

Apa kelebihan dia? ..
Mungkin itu kelebihan dia, yang selebihnya anda..

Kenapa anda menyanjungi dia? ..
Oh..sebab anda menghormati kelebihan dia..mungkin dia juga menghormati kelebihan anda..Sebab dia tahu apa yang anda tidak tahu tetapi dia tidak tahu apa yang anda tahu..

Setiap manusia ada kelebihan dan ada kekurangannya tersendiri, walaupun rambut sama hitam namun kelebihan berbeza - beza. Jadi buat apa anda bersaing dengan orang yang sama dan tidak mencabar? Bersainglah dengan idola anda..barulah idola itu adalah diri anda!

Keinginan untuk mencuba sesuatu yang baru terutama yang mendatangkan keuntungan memang di kejar manusia tetapi malangnya individu itu sendiri mempunyai sikap tidak berani dan malu.Kalaulah begini rupa sikap kita, bagaimana hendak menuju kejayaan? Sedangkan dalam perjalanan pun malu bertanya..ingatlah “Malu bertanya sesat jalan” kalau dah sesat jalan usah mimpikan kejayaan.
 
Sepatutnya perasaan takut dan malu itu tidak ada, kerana apa yang kita lakukan adalah cabaran buat diri kita demi mengubah kehidupan yang lebih baik. Ingat, orang hanya mengingati apa yang kita buat dan bukan apa yang kita inginkan bak kata pepatah “harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama”.


Oleh itu anda harus tahu yang idola itu adalah diri anda sendiri.
Baca Lagi

Perlu Ke Ucap "MAAF"???




Kalau kita berbuat salah, sudah tentu kita perlu meminta maaf terlebih dahulu. Tetapi ada juga di antara kamu yang sering meminta maaf walaupun hakikatnya bukan kita yang melakukan kesalahan/kesilapan. Demi menjaga hati ataupun sebagai tanda hormat, kamu yang mengalah. Adakah ini patut terjadi sedangkan pihak lain terus tersenyum kerana kamu yang memikul kesalahannya ataupun kamu yang menyerah diri walaupun tahu yang kamu tidak bersalah?

Jangan begitu! Jika ternyata kesalahan bukanlah berpunca dari kamu, adalah menjadi hak kamu untuk tidak meminta maaf. Kami telah mengenal pasti 20 sebab mengapa kamu tidak perlu meminta maaf.

Selanjutnya..

1 - PERASAAN KAMU
Apa yang kamu rasa dan fikir, sepenuhnya adalah hak kamu. Jadi jangan rasa bersalah kalau apa yang kamu rasakan itu menjadi satu kesalahan walaupun mungkin kamu sendiri terpaksa bermasam muka dengan orang lain. Kamu berhak mempertahankan pendapat kamu kerana setiap individu mempunyai sifat ego tersendiri. Bukan semua orang tahu menghargai perasaan kita sebagaimana mereka mahu kamu menghargai perasaannya. Bukan semua orang berupaya menyelami perasaan kamu, selain dari diri kamu sendiri.


2 - LEBIH BERKEBOLEHAN
Mungkin gaji kamu lebih tinggi dari kekasih mu ataupun kamu lebih berkebolehan dalam bidang tertentu berbanding orang-orang yang terdekat dengan kamu. Setiap manusia mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Jika ada orang lain yang tidak dapat menerima keistimewaan kamu, pedulikan saja!! Kamu harus sentiasa berfikiran positif dan menganggap inilah kelebihan yang kamu miliki dan bersyukur dengan kurniaan tersebut. Kalau ada yang mempertikaikan kebolehan itu, katakan saja yang setiap manusia dilahirkan mempunyai kelebihan dan kekurangan sendiri. Jangan takut untuk mengakui kelebihan kamu yang dimiliki kerana anugerah Tuhan tidak harus dipersiakan!


3 - MASA LALU
Jangan meminta maaf di atas keputusan yang pernah kamu laksanakan di masa lalu. Ia adalah kerana apa jua keputusan yang kamu lakukan bergantung pada situasi di saat itu. Walaupun ada yang menentang keputusan yang telah kamu lakukan, jangan cepat tersentuh. Ingat! Kamu tentunya sudah boleh berfikir, mana yang baik dan buruk. Segala keputusan adalah terletak di tangan kamu dan ianya amat mempengaruhi hidup di masa akan datang. Tidak harus meminta maaf kerana bukan kamu tahu apa yang akan berlaku di masa depan kan?


4 - MENJADI PERHATIANBukan semua orang meminta dirinya menjadi perhatian. Kamu jangan risau jika diri mu menjadi perhatian orang. Mungkin ada sebab-sebab tertentu mengapa kamu yang dipilih berbanding dengan orang lain. Kamu tidak perlu meminta maaf jika ada yang cemburu kerana kamu yang mendapat lebih perhatian berbanding mereka. Jika kamu ingin lari dari terus menjadi perhatian orang, usahakan agar kamu berjaya menghindarinya. Jangan melibatkan orang lain jika kamu tidak mahu diri dipersalahkan.


5 - MEMUTUSKAN CINTA
Kalau kamu rasa bukan berpunca dari silap kamu, kamu berhak meminta putus. Untuk apa kamu terus menyeksa diri untuk terus bersama si dia sedangkan ternyata dia sendiri yang bersalah. Jangan rasa takut untuk melaksanakan dan kamu juga tidak perlu memaksa diri untuk meminta maaf kerana perpisahan ini bukanlah yang kamu ingini. Tetapi keadaan yang memaksa!


6 - BERKATA JUJURKejujuran merupakan resipi utama dalam sesebuah perhubungan. Kamu tidak perlu takut untuk berterus-terang andai ianya mendatangkan kebaikan pada diri kamu. Walaupun mungkin ia boleh mencetuskan salah faham antara kamu dan si dia, terpulanglah pada si dia sama ada boleh menerima kejujuran kamu ataupun tidak.


7 - BERTERUS TERANGKita mungkin mampu membohongi orang lain, tapi tidak pada hati sendiri. Contohnya, kamu sudah tertarik pada orang lain sedangkan kamu baru saja menjalinkan hubungan dengan si dia. Salah satu sebabnya ialah mungkin kamu tidak dapat menerima cara si dia. Jalan terbaik ialah dengan berterus-terang, daripada kamu terus menipu si dia dan diri kamu sendiri. Nyatakan sebab-sebab mengapa kamu tidak dapat menerima si dia lebih daripada seorang teman biasa. Daripada kamu terus menyeksa diri kerana terpaksa menerima si dia, lebih baik kamu bertindak lebih awal lagi agar perasaan itu tidak terlajak jauh.


8 - TIDAK MENEPATI CITA RASABukanlah perkara yang mustahil untuk kamu mementingkan cita rasa kamu sendiri. Contohnya dalam memilih pasangan. Untuk apa bersikap hipokrit andai pasangan yang kamu pilih langsung tidak menepati cita rasa kamu. Sudah tentu kamu mahu menjalinkan hubungan dalam tempoh yang lama dan berharap agar ia berkekalan. Lalu kamu sepatutnya mencari si dia yang mempunyai ciri-ciri yang kamu impikan. Walaupun tidak secara seratus peratus, sekurang-kurangnya ada juga ciri-ciri tersebut pada diri si dia.


9 - TERUS BERTANYA
Untuk mendapatkan kepastian, tentu kamu harus melemparkan pertanyaan. Walaupun pertanyaan itu bertubi-tubi, selagi tak mendapat jawapan yang pasti, selagi itulah kamu tidak akan berpuas hati. Kamu mahu bertanya sehinggalah kamu faham. Jangan rasa bersalah kalau kamu harus bertanya berulang-ulang kali. Ada kalanya pertanyaan kamu itu boleh membuatkan seseorang itu rimas dan bosan, tetapi bukan mudah untuk dia mengakui kesalahannya ataupun menjelaskan perkara yang sebenarnya.


10- MINTA NAIK GAJI/PANGKATTak salah kalau kamu meminta agar gaji/pangkat kamu dinaikkan setanding dengan usaha yang telah kamu laksanakan selama ini. Sudah tentu kamu berusaha bersungguh-sungguh demi memantapkan lagi prestasi dan kualiti kerja semata-mata untuk syarikat. Jadi tidak salah kalau kamu meminta imbuhan. Memandangkan kos sara hidup semakin tinggi, kamu juga memerlukan perbelanjaan yang lebih banyak. Tapi kamu perlu yakin dan lebihkan usaha di masa akan datang.


11 - MASIH SOLO
Inilah hidup kamu! Walaupun ada kalanya kamu berasa bosan kerana masih tidak mempunyai kekasih, ia bukan salah kamu. Terpulang pada diri kamu sama ada ingin mempunyai kekasih ataupun sanggup bersendirian. Soal cemburu ataupun usikan teman-teman, ketepikan saja. Apa yang penting ialah soal hidup kamu sendiri. Bukan menjadi satu kesalahan jika kamu memilih untuk bersendirian. Mungkin kamu perlukan masa untuk mencari pasangan yang sesuai.


12 - TENTANG KEGEMARANSetiap orang mempunyai kegemaran ataupun hobi tertentu. Jangan risau sekiranya ada yang memperkecilkan hobi kamu. Pertahankan hobi kamu itu dan katakan yang setiap orang mempunyai perangai yang berbeza. Jangan malu-malu mengakuinya kerana ia bukanlah mengganggu kehidupan orang lain, malah menyerikan hidup mu sendiri.


13 - BIJAK DAN AKTIF
Orang yang cantik/kacak tidak semestinya bijak dan aktif. Jangan menilai paras rupa dalam menentukan tahap kebijaksanaan seseorang. Ia juga tidak boleh melabelkan seseorang itu aktif ataupun tidak hanya kerana paras rupa. Kamu patut rasa bertuah kerana dianugerahkan kebijaksanaan dan kamu juga seorang yang aktif.


14 - MEMINTA BANTUAN
Kalau tidak tahu, eloklah bertanya. Bukan cara terbaik untuk berpura-pura tahu ataupun segan mahu meminta pertolongan orang lain. Ingat, hidup dalam budaya bermasyarakat ini harus saling tolong-menolong antara satu sama lain. Kalau kamu memerlukan bantuan, jangan segan-segan meminta pertolongan daripada orang yang boleh membantu kamu menyelesaikan masalah. Jika ada yang mentertawakan kamu kerana perkara kecil pun kamu tidak tahu, terus-teranglah mengatakan lebih baik bertanya daripada jadi bodoh sombong! Tak ada faedah langsung!


15 - BUKAN BERPUNCA DARI KAMUAda seorang teman memarahi kamu kerana rahsianya terbongkar, sedangkan kamu bukanlah puncanya. Jadi untuk apa rasa takut kerana bukannya salah kamu. Berterusteranglah pada si dia yang kamu tidak melakukannya sebaliknya mungkin ada pihak lain yang cuba mempergunakan nama kamu. Nyatakan sebab-sebab kukuh dan relevan tentang pengakuan kamu. Yakinkan dirinya yang kamu seorang penyimpan rahsia yang boleh dipercayai. Kalau boleh selidiklah siapa yang punya angkara untuk membuktikan kamu benar-benar tidak bersalah!


16 - PANDU BERHATI-HATI
Salah satu perkara normal yang diperkatakan ialah pemandu wanita suka memandu perlahan! Selalu juga kena hon. Katakan saja pada diri sendiri yang kamu ini pemandu berhemah dan berhati-hati di jalan raya. Kalau ada pemandu lain yang membunyikan hon ataupun memarahi kamu, pedulikan saja. Janji kamu tidak melanggar peraturan lalu lintas. Kalau setiap kali kamu meminta maaf jika ada yang membunyikan hon ataupun memarahi kamu, tentu nanti ada pula yang mengambil kesempatan di atas 'kebaikan' kamu itu.


17 - ORANG MENUDUH KAMUJika memang bukan kamu yang lakukan, mengaku saja. Jangan biarkan orang memaksa kamu mengaku sedangkan kesalahan itu berpunca dari orang lain. Walaupun mungkin ketika itu kamu agak gelabah kerana digertak, jangan cepat meminta maaf. Bak kata pepatah, ‘Berani kerana benar, takut kerana salah.’ Kalau kamu mengaku, alamatnya kamu akan disalah sangka. Jangan sesekali mengucapkan ‘Saya minta maaf’, sedangkan dalam hati kamu meronta-ronta mengatakan bahawa kamu tidak bersalah dan menjadi mangsa keadaan.


18 - TIDAK TERLALU MEMENTINGKAN PENAMPILAN
Jangan merendah diri jika ada yang memperkatakan penampilan kamu tidak sesuai dengan perkembangan semasa. Jangan terlalu mengikut telunjuk orang dan ini membuatkan diri kamu hipokrit. Jangan takut-takut untuk membantah kalau ia tidak bersesuaian dengan jiwa kamu. Tapi kalau kamu membantah, ucapan meminta maaf bukan cara terbaik untuk dilafazkan. Ikut prinsip kamu dan jangan mudah dipengaruhi oleh orang lain.


19 - TIDAK SAMA HALUANKamu mempunyai teman rapat. Ke mana saja pasti berdua bagaikan belangkas. Tetapi ada beberapa perkara yang kamu tidak boleh melakukan bersamanya iaitu kamu suka bersukan sedangkan dia gemar menonton wayang. Jika percanggahan ini berlaku, kamu harus bijak menanganinya. Katakan saja perkara ini tidak boleh dipaksa. Kamu tidak boleh memaksa dia meminati sukan dan sebaliknya. Usah minta maaf walaupun ada kalanya tercetus perselisihan faham. Walaupun rapat, suatu hari nanti, pasti akan membawa haluan sendiri. Sampai bila hendak bergantung antara satu sama lain.


20 - DIPAKSA
Sukar untuk melakukan sesuatu pekerjaan ataupun perkara yang dipaksa oleh orang lain. Jika dilakukan juga, timbul rasa jengkel dan tidak ikhlas. Jadi lebih baik tidak melakukannya dan katakan saja yang kamu tidak suka dengan tugasan tersebut. Jangan berasa bersalah dan meminta maaf kerana kamu tidak melakukan tugasan tersebut.


Baca Lagi

Panduan dan Petua Menjadi Pelajar Cemerlang





PELAJAR CEMERLANG AKAN
Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut
Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:

a) kita ingat 10% apayang dibaca
b) kita ingat 20% apa yang didengar
c) kita ingat 50% apa yang didengar & dilihat
d) kita ingat 70% apa yang dicakapkan
e) kita ingat 90% setelah dipraktikkan

1.Belajar secara aktif dengan pen/ pensil ditangan
2.Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu ( tidak termasuk kerja rumah )

3. Belajar dalam persekitaran kondusif
a) pastikan cahaya adalah terang
b) kurangkan gangguan bunyi
c) tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
d) tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
e) kerusi dan meja menghadap kiblat
f) janagan lupa untuk senyum
4. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan
5. Mengulang kaji menggunakan kaedah output learning iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku / nota, ingat kembali, lakar / tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan

6.Tahu teknik merangsang memori
a) memasukkan maklumat dalan memori ( registration )
b) menyimpan maklumat dalam sel memori ( retention )
c) mengingat kembali ( recall )
d) menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain ( application )

7. Sentiasa awal dan mendahului
a) persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru
b) pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya
c) belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan

8. Untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar
9. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru

10. Mempunyai teknik membaca yang betul
a) duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
b) membrika tumpuan sepanuhnya
c) menggunakan jari telunjuk untuk membaca
d) menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan

11. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas
12. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan
13. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih
14. Mengadar rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji
15. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri ( study according to your biologicl clock ).

16. Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas,selepas baca al-quran / zikir selepas riadah dan selepas berdoa
17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar ( kita akan lupa 80% selepas belajar )
18. Mengulang kaji secara persendiran atau berkumpulan
19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sbelum peperiksaan.
20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa

22. Tahu petua menhulang kaji
a) cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
b) siapkan semua ?bekalan? dengan sempurna
c) duduk tegak dikerusi yang selesa
d) baca doa penerang hati
e) baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
f) fikir dan ingat kembali isi utama
g) catat / lakar
h) semak semula ketepatan maklumat
i) ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
j) buat rumusan
k) jawab soalan
l) tampal maklumat yang rumit di dinding
m) baca doa tanda kesyukuran selepas belajar

23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya

24. Tahu petua-petua agar tidak lupa
a) jangan makan kepala ikan
b) jangan makan organ dalaman
c) jangan minum semasa makan
d) jangan minum atau makan makana yang tercemar oleh semut
e) jangan melihat kemaluan
f) jangan melihat buih
g) jangan membaca nama pada batu nisan
h) banyakkan makan makanan yang mengan dungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
i) banyakkan makan kismis, kurma dan madu
j) banyakkan makan kekacang
k) pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
l) jangan makan sehingga terlalu kenyang
m) jangan kencing berdiri

25. Tahu kemahiran mengingat
a) tampal nota-nota penting di dinding
b) tukar perkataan, ayatb atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
c) gunakan kaedah akronim
d) reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
e) pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil

26. Cekap mengatur jadual belajar
a) mempunyai jadual belajar
b) patuh kepada jadual
c) buat jadual yang boleh diikuti

27. Tidak menangguh belajar disaat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar
28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahjui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatka penyelesaian dari orang yang lebih arif
29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar
30.Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa
31. Membawa nota kemana-mana sahaja ( kecuali ke tandas )
32. elbagaikan tempat belajar
33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya

35. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
a) taat kepada Allah
b) mendirikan sembahyang
c) menghormati kedua ibu bapa dan setiasa mendoakan mereka
d) hormati & sayangi gru
e) bersungguh-sungguh dal;am melakukan kerja untukmencapai kecemerlangan
f) suka pada setiap mata pelajaran yang disukai
g) membantu rakan yang memerlukan
h) berdoa dan bersyukur kepada Allah
i ) sentiasa bertawakal
j) mahir dalam setiap mata pelajaran

SEMOGA ANDA MENJADI PELAJAR YANG CEMERLANG...


Baca Lagi

Kalah tidak semestinya kalah selamanya


Saya masih ingat lagi pepatah latin yang membawa maksud yang cukup mendalam iaitu "Si Vis Pacem, Para Bellum"..(Jika anda mahukan keamanan, bersedialah untuk berperang). Dalam kehidupan kita semua manusia inginkan keamanan namun jauh sekali terfikir untuk berperang namun tidak mustahil ia tidak berlaku..Betol tak??Sebelum jawab, renung dulu..

Bukan renung awek..
Bukan Menghayal!!..

Tetapi..

Bayangkan..
Anda sedang tidur dengan aman di rumah kesayangan anda...
bersama keluarga tersayang anda...
Tiba-tiba..
Anda terkejut dengan bunyian tembakan dan serbuan kedalam rumah anda...
keadaan yang penuh kekalutan...
dengan bunyian letupan disana...disini....
anda ketika itu diikat..di pukul dengan kejam...
keluarga anda ditembak seorang demi seorang...
di seksa dengan kejam..
di heret...di hentak..di pijak...di ludah...
apakah perasaan anda waktu itu??


Begitulah kehidupan di Palestine, cukup menyedihkan..
namun demi keamanan, mereka sanggup berjuang dan berjihad...
Peperangan bermula dari kesedihan..kekecewaan..kekesalan..maka ia bertukar menjadi kemarahan..kebencian..dan dari situlah tercipta semangat perjuangan...keyakinan yang tinggi dan dari situlah tercipta jiwa keadilan..demi menuntut keadilan..dengan keadilan maka berakhirlah dengan kedamaian dan keamanan...


Ketahuilah bahawa, Kemenangan mungkin meningkatkan kegembiraan tetapi mengurangkan semangat perjuangan untuk berjuang seterusnya.Setelah mengahadapi pelbagai cabaran dan memperolehi kemenangan dan kejayaan, anda mungkin terasa gembira dan juga berasa bahawa anda telah bertindak secukupnya.

Bagi orang yang kalah pula, biasanya melemahkan semangat,keyakinan dan mendorong sikap pasif atau ketiksetiaan. Kemungkinan besar dari kekalahan itu anda lebih bersungguh - sungguh bagi cabaran akan datang. Kepimpinan diri boleh dipertingkatkan dari kekalahan..

Kalah tidak semestinya kalah selamanya..dari kekalahanlah anda berjaya..=)

Baca Lagi

Rintisan2u

Rintisan2u